GUANO PULAK???... Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ~~~ malaysiakini.

Macam-macam perkembangan baru terjadi pasca- PRU12 menuju ke PRU13. Sesudah ada kenaikan harga barangan 5 dalam 1 yang kita kena sebut 'penyelarasan harga' , kaum guru pula mendapat mandat baru. Boleh berpolitik, dibenarkan 'main' politik asalkan tidak melintasi pintu pagar sekolah! Boleh caya ke???

Sewaktu kaum guru berada dalam 'zon larangan berpolitik' pun sudah acapkali berlaku keceluparan ucapan dan amalan hingga ke dalam sekolah, dewan sekolah dikambing-hitamkan selaku tempat perasmian majlis politik; malah dewan membuang undi pilihanraya juga berlaku dalam bilik darjah! Kalau sudah diizin para guru DG41-48 nanti apakah karenah akan berlaku seterusnya. Namun kita wajar bersyukur dan gunakanlah peluang itu sebaik dan seikhlasnya.

Guru perlu bijak pilih parti ~ Ketua Penerangan UMNO.

SHAH ALAM – Meskipun guru dibenarkan berpolitik tetapi mereka mestilah bijak untuk memilih parti politik yang disertai. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai kakitangan kerajaan, guru perlu membuat pertimbangan sewajarnya jika memilih bersama parti pembangkang.

“Ini kerana mereka bekerja untuk Kerajaan Persekutuan, bukannya tidak boleh sokong pembangkang tapi fikirlah dengan mendalam sebelum membuat keputusan dengan tepat.

“Kami tidak peduli apa pembangkang nak kata kerana pembabitkan guru dalam politik secara keseluruhannya memberi kesan positif untuk perkembangan kepimpinan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, idea kreatif dan aktiviti menarik dapat diperoleh daripada guru terbabit untuk memperkemaskan parti pada masa depan.

“Politik tidak akan menganggu masa guru kerana ia bukannya sepenuh masa walaupun berjawatan kelak dalam parti kerana pembahagian masa dapat dilakukan dengan lebih terancang. .......“Guru tidak akan mempengaruhi pelajar kerana politik tidak membabitkan golongan ini tetapi sasaran ialah ibu bapa mereka,” katanya.

TPM: Bang Mat Oii!! Para guru berkhidmat untuk Kerajaan Pesekutuan BUKAN untuk Barisan Nasional atau UMNO!!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda