Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo



Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.
“Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

Negeri terkaya Selangor, menjadi rebutan utama BN dan Umno. Umno telah melancarkan serang hendap dengan tema " Selamatkan Selangor" yang dirampas Pakatan Rakyat pada PRU12. PR telah menyelamatkan negeri Selangor dari 'Buaya' Barisan Nasional! Selangor di bawah tadbiran DS Khir Toyo selaku Menteri Besar telah diselamatkan oleh Pakatan Rakyat. Hingga kini kekuncu BN -Umno mati-mati mahu merampas balik barang mahal yang hilang itu.

DS Khir dan Datuk Noh Omar berlumba mahu ke depan dalam acara merebut button popularitinya. Senator Ezam Mohd Noor dijadikan tukang salak baru terhadap Pakatan Rakyat, PKR dan khususnya MB Tan Seri Abd Khalid Ibrahim. Tan Seri Muhammad Mat Taib rasanya tidak akan bersenyap diri.

Kita tunggu dan lihat permainan DS Khir Toyo selaku bekas MB Selangor dan Ketua Pembangkang di DUN dengan Datuk Noh Omar selaku Ahli Parlimen dan Timb Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Biarkan 'buku dan ruas' Umno Selangor bergocah pengaruh dan 'power'. Kita tunggu buah hasilnya.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda