Allah Maha Esa. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang. Nama-Nya 'lafdzul-jalalah' itu telah dipertikai hebat oleh gerombolan tertentu baru-baru ini barangkali manifestasi dari sifat kasih sayang mereka kepada Allah. Mereka melarang dan tidak suka orang lain ( bacaan: bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam apa jua perkara.

Mereka mahu monopoli menyebut "Allah". Kita tidak tahu mengapa; adakah itu tanda kasih sayang mereka kepada Tuhan atau kenapa. Kita heran mengapa pulak kita 'tidak apa' menyebut nama 'tuhan-tuhan' mereka: Buddha, Brahma, Krishna, Vesnu dan lain-lain milik Hinduisma atau 'Jesus' konon 'anak tuhan', 'tuhan bapa' dan sebagainya dalam konsep ketuhanan kristianiti.

Bagaimana pula dengan konsep 'nama tuhan' di dalam ajaran Confucisma atau Taoisma. Orang Islam sering menyebut, menganalisis dan membanding-banding dengan menyebut nama-nama tuhan orang bukan Islam itu baik di dalam ucapan atau tulisan. Kita juga rasa tidak bersalah. Pihak mereka tidak pula marah dengan tindakan kita.

Banyak orang telah pertikai dan cuba mempertahankan hingga berbalah sama sendiri. Berbalah atas perkara 'mahu memiliki' a.k.a memonopoli nama Allah 'azzawajalla, hingga mahu mengheret percanggahan itu ke mahkamah. Yang ketaranya ialah sifat keegoan, emosional dan kejahilan (dan sifat mazmumah lain) tercetak di atas dahi orang yang terlibat. Pertelingkahan itu telah membabitkan akidah dan telah menjadi isu bagi golongan politik yang mudah sengal,

Kita heran juga pihak majlis fatwa, para mufti, ulama dan para professor / intelektual Islam di pusat-pusat pengajian tinggi Islam di Malaysia tidak memberi kata putus berupa ijma' bagi menyelamatkan keadaan geger ini, apatah lagi bila yang banyak perkatakan hal ini ialah para wartawan, blogger atau ahli politik yang 'jahil' ilmu-Islam, tetapi alim 'jom heboh'.

Hal ini berlaku juga kepada isu HUDUD. Isu ini bukan perkara besar bagi orang yang taat kepada Allah dengan bersolat, berpuasa, berzakat, berhaji dan seterusnya ber'amar ma'ruf dan nahi munkar mengikut 'bacaan' kitab suci dan hadith Nabi s.a.w. Jalankan hukum hudud juga adalah perintah Allah yang 'jangan' dibantah-ingkarkan. Itu tanda kita ini hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya selaku solihiin (Hamba yang baik). Lainlah jika jenis sukakan amalan derhaka (menderhaka).

Undang-undang Allah

Undang-undang HUDUD merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT.

Salah faham

Hudud bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna: batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan

Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain.

Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni Kerajaan Negeri Kelantan ini ( sila baca selanjutnya......).

a




0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda