Pelakon Blue Cuba Hina Islam~~ Oleh Mohd Nor
Posted on Sunday, August 08 @ 17:58:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Tranungkite Online.


"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” Inilah kata-kata pelakon blue terhadap PAS dan Islam.

Kita tidak pernah menyentuh bangsa mereka, tetapi pengamal seks bebas ini sanggup mengeluarkan kata-kata provokasi yang boleh mencetuskan hura-hara. Jika mereka sekadar mengkitrik PAS, ini bukanlah masalah besar tetapi bila pelakon blue ini menyentuh tentang Islam ia masalah besar kepada seluruh umat Islam negara ini.

Demi mencari sokongan dan undi, MCA dan Umno sanggup menggunakan idea APCO dengan mengamalkan dasar pecah dan perintah serta isu perkauman yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat majmuk.

Mungkin MCA telah melihat keberkesanan kaedah ini bila Umno/Apco/Yahudi telah berjaya menarik kembali sokongan Melayu kepada mereka dengan menimbulkan isu perkauman dan kemelayuan. Kini kaedah yang sama cuba digunakan oleh MCA demi menarik sokongan masyarakat Cina kepada mereka.

Sebagai umat Islam yang menyakini bahawa Islam adalah cara hidup, kita sama sekali tidak boleh menerima penghinaan seperti ini oleh pemimpin blue. Jika dilihat negara Islam yang terlibat dengan rasuah, mundur, autikratik dan sebagainya, adakah pemimpin mereka mengamalkan cara hidup Islam atau menganuti fahaman nasionalis sebagaimana diamalkan oleh UMNO.

Senaraikan negara Islam yang mundur dan autikratik, semua mereka mempunyai fahaman lain seperti, umno (nasionalis), sosialis, secular dan lain-lain. Tiada satu pun antara mereka melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar.

Kepada pelakon seks ini, usahlah mencari sokongan dengan menimbulkan sentiment perkauman dan agama yang boleh mencetuskan perpecahan dalam negara. Adakah rakyat tidak bimbang, jika pelakon jijik ini mungkin menghalalkan seks bebas bila diberi sokongan kepada partinya. Malah akan menjadikan seks sebagai industri utama negara.

Jika judi pun boleh dihalalkan untuk menjana pendapatan Negara, seks juga boleh memberi keuntungan jika dihalalkan oleh pelakon blue ini. Lebih hebat dari itu, mungkin jika bekas pelakon blue ini mendapat sokongan lagi dai akan menjadikan industri filem blue pula memperkenalakan negara di mata dunia.

Ingatan kepada aktor blue ini, jika kamu menyentuh Islam cerminlah batang tubuh kamu yang pernah berlakon dalam filem blue.

TPM: Mengapa pemimpin Umno senyap seribu bahasa. Orang tua itu bukan saja menghina Pas, tetapi menghina Islam dan penganut Islam dalam Umno juga. Adakah akal dan hati orang-orang Umno telah beku dan mati?

Orang tua MCA yang pernah berjahat dan tersingkir itu mahu menonjolkan kembali dirinya dengan publisiti murahan, provokasi untuk menyakitkan hati umat Islam seluruh dunia. Beliau mahu masyarakat Cina utama memandang serong terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Para pemimpin MCA, parti yang ditolak pengundi-pengundi Cina pada PRU12 (2008) mahu menjual ubat 'sakit'nya agar kembali kuat, namun penjualnya adalah aktor filem biru. Masyarakat Malaysia termasuk orang-orang Cina yang ada akal dan perasaan kemanusiaan, tetap mengenali wajah celika ahli politik merangkap pelakon segmen lucah yang mengaku melakukan kerja sumbang itu.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda