"Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh SPRM dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat itut.

.

Idris juga menyatakan, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar TS Khalid Ibrahim kepada TS Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas MB BN) DS Khir Toyo.(baca sini lagi......)

TPM: Negeri terkaya di Malaysia yang UBN sangat2 excited untuk merampas semula dari Pakatan Rakyat ialah Selangor DE. Punya kunun nak selamatkan Selangor, 2 orang kuat Umnonya berebut pengaruh. Malah menggunakan Senator Ezam Mohd Noor buat membantai dan menonjolkan kelemahan masing2. Geger pasir dicuri, Selangor hampir jadi negeri Pasir Dua Butir. Geger punya geger, terselaklah history dan story lain hingga boleh menjemput SPRM menengok apake bende. Last2 kini senyap bila ada counter attack dari MB kerajaan Selangor kini. Syabbas TS Khalid!.

Ada orang kata: " Kalau kita cerdik jangan anggap orang lain cerdik macam kita; sebaliknya jika kita bodoh jangan menganggap orang lain juga bodoh macam diri kita ".
.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda