Gejala penyakit dalam diri Umno semakin parah. Umno sudah tidak tenang. Ia tergugat segnap tampang. Di negeri-negeri yang mereka pegang pun, demam PRU12 dulu belum kebah-kebah. Di negeri Terengganu bomohnya impot dari KL, Pengerusi Perhubungannya adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein. ( baca selanjutnya...)

"Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya semalam, lapor Bernama. Kenyataan mutakhir ini menunjukkan satu pengakuan 'sesak nafas / sempit dada' dan menanggung banyak cabaran. Perangai puak-puak mantan MB DS Idris Jusoh dan puak-puak MB la DS Ahmad Mat Said dikatakan membosankan rakyat Tranung kite. Sakit kepala DS Hishamuddin menekan-nekan. Kita harap dia jangan mengamuk berkeris sudahlah...

Naib Presiden Umno itu juga kini berdepan dengan karenah orang No 1 MCA DS Chua Soi Lek soal perjuangan Barisan Nasional. Kenyataannya semalam yang mengingatkan MCA supaya usah menyimpang dan lupa perjuangan BN, menunjukkan ada pemimpin BN belum belajar dari tsunami politik 2008, kata Presiden MCA itu. Soi Lek berkata, ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami desakan rakyat untuk perubahan. ( baca sini...)

TPM: Nampak gayanya Umno-BN akan semakin terdesak dan makin berbalah sesama sendiri. Ini mesti banyak ' something wrong somewhere'.

Berbelahlah kerana mereka selalu melihat orang lain berbalah. Apa salahnya sesekali ada perbalahan sesama sendiri. Sedangkan lidah lagi tergigit.

1Malaysia: Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. Jangan jadi retorik semata.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda