Syariat Islam lebih menekankan mengenai konsep menurut aurat, menutup aurat itu. Bukan tudung di kepala saja sebagai isunya. Isu utama ialah aurat. Aurat pakaian, aurat pergaulan, aurat penampilan, aurat berkesalahan mereka yang hanya bertudung tetapi tidak menghayati maksud 'aurat'. Tutup sikit dedah banyak atau sekejap tutup sekejap buka. Segala amalan tidak terlepas dari hukum-hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.



Berpakaian menutup atau membuka aurat adalah berbeza menurut suasana. Jika bersama mahram, batasan auratnya berbeza ketika bersama orang yang bukan mahram. Hukum itu juga meliputi segenap lapisan manusia melainkan tidak 'aqil baligh (con: kanak-kanak dan orang gila), suasana darurat (con: waktu perang atau kecemasan) dan dipaksa (con: oleh suami, pengganas atau orang-orang zalim). Maka sewaktu suasana aman, segala perintah wajib adalah wajib, berdosa jika ditinggalkan. Perintah meninggalkan yang haram, tetap berdosa jika dilakukan perkara haram itu.

Pakaian yang dipakai tidak menutup aurat kerana amat pendek, nipis atau ketat. Bahkan ianya haram dipakai oleh wanita meski di anata sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang amfhumnya:
" Dua (jenis manusia) dari ahli neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu: kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor lembu, mereka meukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan punggungnya dan berlenggang lenggok, kepala mereka seperti bonggok untuk yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapat wanginya, dan sungguh wangi syurga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian..."

Di antara bentuk yang menjolok mata dalam berpakaian ialah adanya lukisan atau foto buruk pada pakaian sperti gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan gelas arak, foto makhluk bernyawa, lambang salib atau kelab bukan Islam, slogan-slogan sesat dan lucah. Islam juga menegah kita memakai pakaian menyerupai pakaian resmi orang-orang kafir dan berlawanan jantina.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda