Sebuah lagu dikir barat 'politik' oleh Almarhum Cikgu Naim ( meninggal dunia 2.20 petang 5/4/2007) ini agak sesuai untuk kita hayati. Sengaja saya petik buat halwa telinga menggaru minda; dikir ini ditujukan buat YB alias wakil rakyat. Satu jawatan yang menjadi rebutan. Soalnya adakah mereka berebut jawatan, tanggungjawab, beban, amanah dengan ikhlas lillah atau berebut kuasa, pengaruh dan fulus???

Cikgu Naim, sebenarnya DarulNaim bin Mamat asal Pasir Puteh. Beliau berkelulusan B.a (Hons) UKM ,Bangi.


Lirik Lagu Apa Kabar Yang Berhormat:


Assalamualaikum apa kabar Yang Berhormat
salah silap minta ampun takut amba ada berkasar

Yang Berhormat rumah banglo beli kereta pakai drebar
takdak nampak batang hidung takut rakyat tak de sabar

Orang kampung duduk berkecek tanya mana YB kita
sakat pitih penuh poket naggung takleh tengok mata*

Orang kampung tanya projek Yang Berhormat janji mula
bercakap bohong tidak molek lain kali rakyat tak ccaya

Rakyat kampung sebelah ulu duduk tanya pembangunan
anak sekolah naik perahu meniti gertak batang pinang

Jalan terus takleh lalu piae hujae ddenae kokpae*
sampai bila rakyat tunggu sakit hati bukae maen

Susah benar orang kampung padi hampa getah murah
ada bini kena tanggung ada ramai anak sekolah

Kalu pemimpin cakap bohong hingga rakyat terima susah
orang panggil kalu burung boleh dah la kerat lidah

Hamba sendiri isi borang nak mintak tender balak
kerana YB royat keorang kita nak tolong rakyat susah

Boleh pitih baiki jemuran rumah hamba buruk terlajak
atap tiris musim hujae basah habih budak-budak

Hamba ada anak muda lama benar tinggal kampung
tempat kita takdak kerja bawa nasib rugi untung

Sedih hati orang tua umur lanjut tengah uzur
sakit demam pening kepala anak jauh takleh tulung

Kemajuan hak dunia Tuhan suruh kita cari
nak bui hidup biar sempurna anak cucu kemudian hari

Bangsa mundur jadi hani jadi takdak harga diri
bimbang Melayu tinggal nama jadi hamba di negeri sendiri

Negeri kita kaya raya hasil sungai laut bukit
minyak besi perak tembaga tunggu kita korek ambik

Kalu setakat duduk bersila harap doa dengan ratib
takleh maju sampai bbila koho duk jadi kuba rabit**

Dalam zaman tu nye moden kemajuan koho pesat
komputer serta enjin manusia hebat-hebat

Perubahan alam sekeliling kalu kita tak sir hambar
berubah setahun bertukar musim orang kita koho berat

Assalamualaikum apa kabar Yang Berhormat
salah silap minta ampun takut hamba ada berkasar

Yang berhormat rumah banglo beli kereta pakai drebar
takdak nampak batang hidung takut rakyat tak de sabar...


* bila dah kaya YB hilang tidak menjenguk rakyat.
** musim hujan becah teruk.
*** semakin menjadi hina macam kerbau cacat.

ulasan tentang popularit al-marhum Cikgu Naim:

Allahyarham Cikgu Naim...mmg tidak asing di kalangan peminat dikir barat. Di awal tahun 2000 kemunculan satu gelora baru dlm seni dikir iaitu VCD dan CD. Dengan arus ini nama Cikgu Naim berdentum melonjak menghiasi dada-dada dunia hiburan dikir barat dengan meriahnya. Lontaran idea dan modal-modal bernas dari lirik lagunya membawa beliau lebih laju melangkah ke depan dalam arus persaingan lagu-lagu yang membawa mesej-mesej dan jenaka ringan dari isi hati ke khalayak sehingga memberi impak yg tiada taranya di kalangan penggemar dikir...

Jiwa kekampungannya diterjemahkan kepada suara lantang melalui lagu secara tak langsung mengajak penggemar dikir barat yang berbilang watak dan cara hidup mengenal perit jerih suasana hidup sebagai orang kampung..seorang pelajar berterima kasih kepada guru...seorang rakyat marhain melafaz isi hati kepada pembesar negeri dan tak lupa juga lagu-lagu motivasi yang boleh membangkit persoalan di mana kita sepatutnya berada. Ini gambaran hamba..utk lebih jelas perhalusilah lagu dan jalan cerita dlm2 lagu-lagunya..

Beliau seorang guru..pendidik..namun di dalam bangsal berdikir..gelaran cikgu itu ditinggalkan bersama baju kemeja seluar slack di rumahnya..Dalam bangsal berdikir Cikgu Naim adalah Naim...seorang tukang karut..boleh bergurau senda..bertegur sapa..dengan jujur mencemar duli untuk bergaul dengan awak2 dikir yang berbilang jenis watak lakaran peribadi..dari golongan berkaki ayam hingga ke bersepatu kulit.

Apa yang hamba boleh banggakan dari beliau...Sombong dan bongkak dlm seni tiada pun terbenih sekelumit dlm dirinya...Semoga antara kita boleh mewarisi sifat ini...Kita hanya insan biasa tidak terlepas dari kesilapan...Orang yang lebih mengenali Cikgu Naim pasti akan faham maksud ayat terakhir hamba ini...

*** Gugurmu terpahat seribu makna ***

abe yie@arjunasukma

2 Responses so far.

  1. Innalillah,,
    takdok doh rupanya..
    ingat ada lagi,patutlah takdok lagu baru.

  2. lagu2 dikir beliau ada 'isi' dan punya pengajaran buat masyarakat.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda