Walau pun PM DS Najib bersuara dari jauh, berkempen dari Paris untuk memenangkan Tan Seri Mohd Isa Samad dengan penjelasan bahawa Isa tidak melakukan jenayah; Isa tetap telah melakukan rasuah alias pengamal politik wang demi memenangi diri sendiri dalam PAU dahulu. Dia telah pun dihukum gantung keahlian selama 3 tahun.

Najib mahu menyelamatkan Isa dengan mengatakan Isa diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti, cuma satu kesalahan teknikal bukannya satu jenayah (Utusan Malaysia 5 Okt 2009). Namun begitu masyarakat Umno sendiri khususnya mantan PM dan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamed juga berpendapat:

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan. "


Di dalam kitab fiqh Islam menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Usahkan untuk dipilih sebagai pemimpin , menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.(baca di sini...)

Dikatakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:لعن الله على الراشى والمرتشى
mafhumnya:" Allah melaknat orang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah."

Selaku umat Islam sudah cukup memahami bahawa mengamalkan perbuatan rasuah hukumnya berdosa besar, dilaknat Allah. lalu bagaimanakah mereka mahu menerima seorang pemimpin yang berdosa besar, berkepentingan diri, tidak amanah dan sudah tentu tidak akan berlaku adil

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda