Syariat Islam lebih menekankan mengenai konsep menurut aurat, menutup aurat itu. Bukan tudung di kepala saja sebagai isunya. Isu utama ialah aurat. Aurat pakaian, aurat pergaulan, aurat penampilan, aurat berkesalahan mereka yang hanya bertudung tetapi tidak menghayati maksud 'aurat'. Tutup sikit dedah banyak atau sekejap tutup sekejap buka. Segala amalan tidak terlepas dari hukum-hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.



Berpakaian menutup atau membuka aurat adalah berbeza menurut suasana. Jika bersama mahram, batasan auratnya berbeza ketika bersama orang yang bukan mahram. Hukum itu juga meliputi segenap lapisan manusia melainkan tidak 'aqil baligh (con: kanak-kanak dan orang gila), suasana darurat (con: waktu perang atau kecemasan) dan dipaksa (con: oleh suami, pengganas atau orang-orang zalim). Maka sewaktu suasana aman, segala perintah wajib adalah wajib, berdosa jika ditinggalkan. Perintah meninggalkan yang haram, tetap berdosa jika dilakukan perkara haram itu.

Pakaian yang dipakai tidak menutup aurat kerana amat pendek, nipis atau ketat. Bahkan ianya haram dipakai oleh wanita meski di anata sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang amfhumnya:
" Dua (jenis manusia) dari ahli neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu: kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor lembu, mereka meukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan punggungnya dan berlenggang lenggok, kepala mereka seperti bonggok untuk yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapat wanginya, dan sungguh wangi syurga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian..."

Di antara bentuk yang menjolok mata dalam berpakaian ialah adanya lukisan atau foto buruk pada pakaian sperti gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan gelas arak, foto makhluk bernyawa, lambang salib atau kelab bukan Islam, slogan-slogan sesat dan lucah. Islam juga menegah kita memakai pakaian menyerupai pakaian resmi orang-orang kafir dan berlawanan jantina.

Sebuah lagu dikir barat 'politik' oleh Almarhum Cikgu Naim ( meninggal dunia 2.20 petang 5/4/2007) ini agak sesuai untuk kita hayati. Sengaja saya petik buat halwa telinga menggaru minda; dikir ini ditujukan buat YB alias wakil rakyat. Satu jawatan yang menjadi rebutan. Soalnya adakah mereka berebut jawatan, tanggungjawab, beban, amanah dengan ikhlas lillah atau berebut kuasa, pengaruh dan fulus???

Cikgu Naim, sebenarnya DarulNaim bin Mamat asal Pasir Puteh. Beliau berkelulusan B.a (Hons) UKM ,Bangi.


Lirik Lagu Apa Kabar Yang Berhormat:


Assalamualaikum apa kabar Yang Berhormat
salah silap minta ampun takut amba ada berkasar

Yang Berhormat rumah banglo beli kereta pakai drebar
takdak nampak batang hidung takut rakyat tak de sabar

Orang kampung duduk berkecek tanya mana YB kita
sakat pitih penuh poket naggung takleh tengok mata*

Orang kampung tanya projek Yang Berhormat janji mula
bercakap bohong tidak molek lain kali rakyat tak ccaya

Rakyat kampung sebelah ulu duduk tanya pembangunan
anak sekolah naik perahu meniti gertak batang pinang

Jalan terus takleh lalu piae hujae ddenae kokpae*
sampai bila rakyat tunggu sakit hati bukae maen

Susah benar orang kampung padi hampa getah murah
ada bini kena tanggung ada ramai anak sekolah

Kalu pemimpin cakap bohong hingga rakyat terima susah
orang panggil kalu burung boleh dah la kerat lidah

Hamba sendiri isi borang nak mintak tender balak
kerana YB royat keorang kita nak tolong rakyat susah

Boleh pitih baiki jemuran rumah hamba buruk terlajak
atap tiris musim hujae basah habih budak-budak

Hamba ada anak muda lama benar tinggal kampung
tempat kita takdak kerja bawa nasib rugi untung

Sedih hati orang tua umur lanjut tengah uzur
sakit demam pening kepala anak jauh takleh tulung

Kemajuan hak dunia Tuhan suruh kita cari
nak bui hidup biar sempurna anak cucu kemudian hari

Bangsa mundur jadi hani jadi takdak harga diri
bimbang Melayu tinggal nama jadi hamba di negeri sendiri

Negeri kita kaya raya hasil sungai laut bukit
minyak besi perak tembaga tunggu kita korek ambik

Kalu setakat duduk bersila harap doa dengan ratib
takleh maju sampai bbila koho duk jadi kuba rabit**

Dalam zaman tu nye moden kemajuan koho pesat
komputer serta enjin manusia hebat-hebat

Perubahan alam sekeliling kalu kita tak sir hambar
berubah setahun bertukar musim orang kita koho berat

Assalamualaikum apa kabar Yang Berhormat
salah silap minta ampun takut hamba ada berkasar

Yang berhormat rumah banglo beli kereta pakai drebar
takdak nampak batang hidung takut rakyat tak de sabar...


* bila dah kaya YB hilang tidak menjenguk rakyat.
** musim hujan becah teruk.
*** semakin menjadi hina macam kerbau cacat.

ulasan tentang popularit al-marhum Cikgu Naim:

Allahyarham Cikgu Naim...mmg tidak asing di kalangan peminat dikir barat. Di awal tahun 2000 kemunculan satu gelora baru dlm seni dikir iaitu VCD dan CD. Dengan arus ini nama Cikgu Naim berdentum melonjak menghiasi dada-dada dunia hiburan dikir barat dengan meriahnya. Lontaran idea dan modal-modal bernas dari lirik lagunya membawa beliau lebih laju melangkah ke depan dalam arus persaingan lagu-lagu yang membawa mesej-mesej dan jenaka ringan dari isi hati ke khalayak sehingga memberi impak yg tiada taranya di kalangan penggemar dikir...

Jiwa kekampungannya diterjemahkan kepada suara lantang melalui lagu secara tak langsung mengajak penggemar dikir barat yang berbilang watak dan cara hidup mengenal perit jerih suasana hidup sebagai orang kampung..seorang pelajar berterima kasih kepada guru...seorang rakyat marhain melafaz isi hati kepada pembesar negeri dan tak lupa juga lagu-lagu motivasi yang boleh membangkit persoalan di mana kita sepatutnya berada. Ini gambaran hamba..utk lebih jelas perhalusilah lagu dan jalan cerita dlm2 lagu-lagunya..

Beliau seorang guru..pendidik..namun di dalam bangsal berdikir..gelaran cikgu itu ditinggalkan bersama baju kemeja seluar slack di rumahnya..Dalam bangsal berdikir Cikgu Naim adalah Naim...seorang tukang karut..boleh bergurau senda..bertegur sapa..dengan jujur mencemar duli untuk bergaul dengan awak2 dikir yang berbilang jenis watak lakaran peribadi..dari golongan berkaki ayam hingga ke bersepatu kulit.

Apa yang hamba boleh banggakan dari beliau...Sombong dan bongkak dlm seni tiada pun terbenih sekelumit dlm dirinya...Semoga antara kita boleh mewarisi sifat ini...Kita hanya insan biasa tidak terlepas dari kesilapan...Orang yang lebih mengenali Cikgu Naim pasti akan faham maksud ayat terakhir hamba ini...

*** Gugurmu terpahat seribu makna ***

abe yie@arjunasukma

Hari ini para pengundi di kawasan N31 Bagan Pinang akan keluar mengundi.

Mereka akan memilih sama ada mantan MB Negeri Sembilan 22 tahun merangkap bekas Naib Presiden Umno Malaysia yang kecundang kerana 'politik wang' sebelum PAU 4 tahun lalu. Tan Seri Mohd Isa Samad yang telah pun menjalani hukuman gantung keahlian Umno, 'dikitar semula' menjadi calon Barisan Nasional akan dicabar oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkifly Omar.

Dengan penuh yakin BN alias Najib dan Muhyiddin serta Umno Negeri Sembilan termasuk Isa sendiri merasakan kemenangan pada PRK N31 ini akan berpihak kepada mereka. Ini kawasan tradisi BN-Isa, kawasan makan minum bekas MB itu sejak kecil. Tinggi memuncak harapan kemenangan itu hinggakan kekuncu Umno Negeri Sembilan itu berdemonstrasi tidak mahukan calon lain. Mantan PM Tun Mahathir telah meluahkan pendapatnya: kalaulah dia TS Isa, dia akan bagitahu pihak atasan BN supaya jangan calonkan dia....bimbang jadi liabiliti?

Manakala pihak Pas-Pakatan Rakyat dengan semangat tinggi juga mahu kekalkan kemenangan berganda PRK di Negeri Sembilan ini, mereka mahu menjadikan PRK ke 9 ini PR mendapat 9-1 selain kemenangan hatrik yang akan memusnahkan harapan pihak BN!

Beberapa insiden kecil berlaku telah mengocak sedikit iklim politik Malaysia. Kejadian-kejadian itu terjadi sudah tentu kerana sifat kebencian yang ketara pihak BN terhadap Pas. Ada pihak sengaja melakukan provokasi, adu-domba dan bermain api. Mereka mahu para pengundi tidak akan memangkah 'bulan purnama' Pas sebab Pas dikatakan berkasar dan bertindak ganas. Mengata dulang... sifat provokasi adalah mainan iblis yang mahukan manusia selalu berbalah untuk merebut harta dan kedudukan, bukan berebut menghampirkan diri kepada Allah.

Apa pun walau ada pihak yang mengatakan Pas / PR mampu buat kejutan, namun pengundian sedang berlangsung lagi. Ada juga yang mengatakan suasana adalah 50-50. Kita tunggu malam nanti. Apakah keputusan BN vs Pas di kawasan milik BN nih? Masing-masing mengharapkan yang positif dan menang walau dengan satu undi. BN mempertahankan maruah dan kemaluan. PR sangat mengharapkan menang satu lagi kerusi buat menduga lagi BN 1Malaysia 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' Apa pun.... bagaimana bunyi ulasan-ulasan berita media massa esok 12 Oktober 2009. Antara kedapatan dan kehilangan. Kita kena sabar tunguuuu.....


Akhir-akhir ini warga dunia sebahagian besarnya sedang berwaspada dengan wabak influenza A H1N1 atau Selsema Babi. Wabak penyakit itu dikatakan bermula di negara Mexico kemudian merebak serata benua. Manusia yang berlegar sesama sendiri terpaksa memakai topeng dan kempen pencegahan dari wabak ini dibuat dalam pelbagai bentuk. Ada pulak berita menyatakan wabak ini sengaja direka-cipta oleh pihak tertentu dengan tujuan mencari laba komersil dan hasrat memusnahkan sebahagian umat manusia!

Percaya atau tidak hewan najis mughallazah itu punya 'kegunaan' yang banyak bagi menghasilkan sesuatu barangan atau berfaedah menjadi bahan awet / penjagaan sesuatu produk baik makanan, alat mekap, ubatan, peluru dan sebagainya. Dalam pengedaran barangan harian, tujuan komersil menjadi target utama pihak kapitalis. Mereka yang sebahagiannya kuffar sudah tentu tidak mengambil kira halal-haram di sisi syariat Islam. Tiada ukuran najis atau tidak, bagi mereka laba fulus lebih aula. Maka tidak peliklah adanya produk tersebut di sekeliling hidup kita, malah barangkali sudah banyak masuk ke dalam perut kita.

Satu artikel berkaitan kepenggunaan dari sosok batang tubuh hewan ini diguna besar-besaran oleh kuffar kami bawa agar menjadi batas ingat kepada kita dalam mengguna keperluan harian kita. Memang hidup kita ini diuji dan diduga, sejauh mana kita menghindarkan diri dari perkara hara dan dosa.. sila ikuti artikel ini .......... semoga kita dirahmati dan dilindungi. Wassalam.


Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu. (baca di sini...).

Ada seseorang telah menulis komennya di blog penarik beca, tulis beliau:

mana lebih jahat antara samseng kaki pukul dengan samseng provokasi kata dia kena pukul? yg si semail dikatakan bersama waktu itu kenapa sengap hingga kini? foto ajeez kena pukul, kawe rasa akan melonjak naik harganya besok-lusa. kalah gambar skandal csl (kalau ada). kalah juga foto elie wong pra-bog (juga kalau ada)...
republik iran menawarkan harga juta2 USD kalau dapat membunuh salman rushdie si satanic writer tu.
bahan sejarah politik tanah melayu ni pak bakaq...foto ketua putera jadi kambing hitam politik terkini di bagan pinang...kalau dipinang, pinang tak dapat, tak kena lepuk kenapa cari..(lihat di sini...)

Ada pihak yang menawarkan RM1000 buat sesiapa yang ada menyimpan foto Ketua Putera Umno Datuk Azeez Abd Rahim yang mengaku dibelasah oleh para penyokong PAS pada hari penamaan calon PRK N31 Bagan Pinang tempohari.

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net (baca di sini....)

Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskankan bahawa Datuk Abd Azeez Abd Rahim telah membuat kenyataan palsa dan berbohong. (lihat di sini...). Azeez dikatakan sengaja membuat pengakuan dia dipukul, diterajang dan dikasarkan demi menjadikan isu bertujuan menjahatkan PAS yang bertanding menentang BN pada pilihan raya kecil itu. Tidak adapun tanda bengkak atau cedera pada badan Azeez walaupun Azeez diberi rawatan di hospital.

Macam-macam boleh dilakukan. Peduli apa pada moral dan kewarasan. PEMBELA mahukan ada sesiapa yang dapat membawa foto bukti Azeez di'malang'kan itu. Kita tunggu siapakah yang akan mendapat reward RM1000.00 itu.

Mari kita lihat rakaman video ini mempastikan kejadian 'Azeez kena pukul' itu:



Para pengundi pos dari Kem Port (Pelabohan) Dickson Negeri 9 telah menunaikan tanggungjawabnya semalam, tiga hari sebelum para pengundi awam bagi N31 DUN Bagan Pinang.

Para pengundi awam akan memangkah sama ada 'dacing' atau 'bulan' pada 11 Oktober 2009 bersamaan 22 Syawal 1430 sempena cuti hari minggu 'ahad'. SPR memilih ahad untuk PRK kali ini. Murah hati SPR ini sudah tentu menyebabkan ada para pengundi negeri-negeri PR yang pernah terlibat dengan PRK lalu....berasa iri dan 'berasa lain macam' terhadap SPR. Bersabarlah. Bukan senang hendak memuaskan hati semua orang!

Dalam PRK-PRK yang lalu (pasca-PRU12) di semenanjung, BN kalah 0-7. (satu menang 'moral' di Manek Urai!). Apa akan jadi agaknya jika SPR berikan 'hari bekerja' menjadi hari mengundi di Bagan Pinang? Ada orang kata selain media massa perdana, surat kabar dan letronik, tenaga / suara/ jentera kerajaan pusat semuanya termasuk orang-orang keselamatan telah bertukar menjadi 'jentera gabungan' Umno-BN untuk berkhidmat kepada 'parti dacing' yang bertanding di Bagan Pinang; kata orang tidak terkecuali SPR juga ikut 'bias'. Wallahu a'lam bissawab...anda punya persoalan, sukar dijawab.

Perdana Menteri merangkap Presiden Umno bersuara dari jauh: 'memperolehi kemenangan adalah lebih penting bagi BN dalam PRK Dun Bagan Pinang daripada saiz majoriti kemenangan'. Ini memberi makna 'walau apa cara sekalipun BN mesti menang! (baca sini...)

Peristiwa Ketua Putera UMNO Datuk Abd Azeez Abd Rahim 'dibaham oleh 1-9 orang penyokong PAS yang lengkap 'berpakaian PAS' pada hari penamaan calon minggu lepas, barangkali antara kisah 'provokasi' pihak tertentu untuk menjadikan isu panas. Ada pihak menawar RM1000-RM6500 kepada sesiapa yang dapat menunjukkan foto kemalangan yang menimpa bos putera itu.

Ada orang terus menganugerahkan di maya: Datuk Azeez adalah pelakon lelaki terbaik 'of the year'. Tah apa-apa... Mutakhir berlaku pulak serangan dan serbuan penetak-penetak (dikatakan) dari pihak pemuda UMNO ke atas penyokong-penyokong PAS di area / markas parti itu. Kecoh lagi. Lebih dasat dari balakon yang menimpa Azeez, tapi mangsanya sama-sama ke hospital dan ke balai polis. Berbezanya cuma kisah serangan berdarah ke kemah PAS kurang mendapat publisiti berbanding derita yang ditanggung bos putera UMNO itu. Isu ' Azeez and the lebam hingga muntah-muntah' lebih tersohor dan disorot oleh pelbagai media utama. Nasib hang lah zeez..... putera manja negara.

Terbaca satu komen kat blog 'Tinta Merah' MSO, ada seorang mencatatkan:
salam.
ni lah masalahnya.
kalu kawasan miliknya yg panas dan bakal hilang; mereka akan melakukan sabotaj, provokasi dan sesuatu boleh menimbulkan geger serta kecoh. silap2 gaya akan berlaku pergaduhan besar.

bayangkan kalau ubn kalah!... tak mustahil ada org2 akan mengamuk. tenaga dah habis, wang dah banyak out tiba2 resultnya kewek atau kiok..mereka takleh terima kenyataan. apa2pun boleh berlaku. kalu masuk hiblis, org2 akan hilang agama dan akal. waspada berjuang atau berhadapan dengan manusia yg berotak di kepala lutut.


Terbaru ada pulak cerita perlakuan pihak lawan PAS telah menyerang kawasan kemah PAS (kelih sini...). Beberapa orang tercedera akibat perbuatan kasar tidak bertamadun para penyokong UBN itu. Kekasaran itu berlaku malam dan awal pagi di beberapa tempat dan beberapa cara antaranya menyekat dan mengganggu penyokong-penyokong PAS. Pihak PAS dikatakan tidak pula bertindak balas atas kejadian serangan itu. (sila baca...) Beberapa orang penyokong PAS dipukul hingga berdarah. Mereka juga telah membuat laporan polis, namun kejadian itu tidak pula diisukan di media massa. Apo nak jadi jang?




Pengakuan Ketua Putera Umno merangkap AMT Umno Datuk Abd Azeez Abd Rahim bahawa dia dipukul, disepak dan diterajang oleh 9 orang PAS mengejutkan situasi suam pagi, hampir jam 10.00 masa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N31 Dun Bagan Pinang. Beliau dikatakannya telah mendapat 'kemalangan' itu ketika melalui 'kawasan penyokong' PAS bersama Datuk Ismail Sabri Yaakob. Azeez telam membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Namun yang peliknya ialah Datuk Ismail Sabri tidak pula 'dibelasah' malah beliau tidak pun memberi apa-apa komen. Senyap hingga kini.

Nasi telah menjadi bubur. Berita Abd Azeez dibelasah telah kecor. Nama beliau semakin mashur dan mengisi hampir semua madia massa. Parti pembangkang PAS yang akan berentap dengan BN di Bagan Pinang dikaitkan sebagai parti ganas dan tidak Islamik. Pengulas-pengulas amatur dan profesional politik tanah air tidak kering mulut menjaja 'keganasan' penyokong PAS dan 'terus menyatakan kasihan belas' kepada Azeez. Ada yang mengatakan kenapa 'tok guru' tidak menasihati anak-anak buahnya yang ganas memukul orang-orang baik UMNO-BN tu.

Adapula yang mengatakan Datuk Abd Azeez sengaja mencari publisiti murahan sebagaimana dia pernah berbuat perkara yang sama semasa PRK kawasan parlimen Kuala Terengganu lalu. Maka atas lakonan Azeez yang 'hebatolol' itu, dia layak diberi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik!


Walau pun PM DS Najib bersuara dari jauh, berkempen dari Paris untuk memenangkan Tan Seri Mohd Isa Samad dengan penjelasan bahawa Isa tidak melakukan jenayah; Isa tetap telah melakukan rasuah alias pengamal politik wang demi memenangi diri sendiri dalam PAU dahulu. Dia telah pun dihukum gantung keahlian selama 3 tahun.

Najib mahu menyelamatkan Isa dengan mengatakan Isa diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti, cuma satu kesalahan teknikal bukannya satu jenayah (Utusan Malaysia 5 Okt 2009). Namun begitu masyarakat Umno sendiri khususnya mantan PM dan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamed juga berpendapat:

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan. "


Di dalam kitab fiqh Islam menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Usahkan untuk dipilih sebagai pemimpin , menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.(baca di sini...)

Dikatakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:لعن الله على الراشى والمرتشى
mafhumnya:" Allah melaknat orang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah."

Selaku umat Islam sudah cukup memahami bahawa mengamalkan perbuatan rasuah hukumnya berdosa besar, dilaknat Allah. lalu bagaimanakah mereka mahu menerima seorang pemimpin yang berdosa besar, berkepentingan diri, tidak amanah dan sudah tentu tidak akan berlaku adil

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan selesai dengan pertemuan musuh tradisi BN dicabar PAS. Bakal calon Bebas kecundang lebih awal sebelum masuk gelanggang! Bekas orang kuat Umno zaman Isa Samad dan kemudian menjadi orang kuat PKR Negeri Sembilan itu, Shahruddin Abd Hamid tergamam kecewa bila wakil calonnya ditolak pegawai SPR. Wakil calonnya bukan orang Bagan Pinang! (baca....)

Pihak Barisan Nasional seperti dimaklumkan ialah calon popularnya Tan Seri Mohd Isa Abd Samad mantan MB 22 tahunnya, merangkap bekas Naib Presiden Umno yang meletak jawatan akibat politik wang pada PAU beberapa tahun lalu. Isa dicabar oleh calon PAS Zulkifly Mohamad Omar. Pengumuman dibuat oleh pegawai SPR negeri Abd Wahab Shamsuddin jam 10.23 pagi.

Puluhan ribu para penyokong PAS dan BN memeriahkan hari penamaan calon tersebut. Pembuangan undi akan berlangsung pada 11 Oktober 2009.


Bakal calon bebas Shahruddin Abd Hamid
gagal mengemukakan borang.