KUALA TERENGGANU - ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan selaku calon PAS dalam PRK P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman dibuat semalam oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong. Turut hadir dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat manakala pimpinan peringkat negeri ikut bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan yang lain.

Abdul Wahid, 52 adalah ADUN sejak 5 penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod cemerlang selaku ADUN/Exco selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA. DUN-DUN yang dimenangi PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

PRK P036 Kuala Terengganu 17 Januari nanti adalah bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian Ahli Parlimen dari BN YB Dato Razali Ismail juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober di IAB, Genting Haighland. Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008, BN menang tipis bermajoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf (685 undi). Jumlah pengundi berdaftar di Kawasan P036 itu ialah 80,229 orang (dengan 1,035 pengundi pos).
-Sumber HarakahDaily.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda