WAN FARID " BENAR-BENAR PILIHAN YANG SANGAT BURUK " - DR M

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Jan 05, 09 |

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN/UMNO di dalam PRKecil P036 Kuala Terengganu 17 Jan 2009 nanti sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.

"Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (DS Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Sumber HarakahDaily.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda