Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. "Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu.
Sementara itu seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan (gambar bawah)menyatakan, isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno DS Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.
Sementara itu seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan (gambar bawah)menyatakan, isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno DS Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.
Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. (Baca lagi.....)
TPM: Mengaibkan saudara sesama Muslim, mafhum hadits 'barangsiapa yg mengaibkan (membuka keburukan) saudara Muslimnya, maka Allah akan buka 'aibnya diakhirat kelak dihadapan seluruh umat manusia. Dan barang siapa yg menutup 'aib saudaranya didunia ini, Allah akan tutup 'aibnya diakhirat kelak dihadapan seluruh umat manusia'.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda