Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya. (Baca lagi....)

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.

Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata: "Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.

TPM: APA NAK DIKATO...pulak dah? lau the betol knal pasti, dedah kn jela..ke takut nk dedahkan sbb bukan org yg dituduh? hahaha..yang dituduh telah diaib dan didedahkan sededah dedahnya melalui tayangan umum oleh media massa umporno , yang mendedah masih boleh bersumpah dan tiada apa2 tindakan atas pendedahan tayangan porno kepada umum..bijak.. bijak..yg paling rugi adalah UMNO/BN kerana pendedahan yang tidak ada faedahnya! ADAKAH ia akan jadi liabiliti memusnahkan parti memerintah kini...

Biarlah Wak!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda