"PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno/BN selama ini.
"Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya.
Husam juga berkata, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata.
"Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi.
Tambahnya, ahli parlimen Pasir Mas tersebut juga perlu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada PAS memandangkan Ibrahim bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS.
"Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi. (Malaysia kini......)
TPM: ..Siapalah boleh percaya cakap-cakap celupar orang yang selalu melompat parti/jemaah tanpa maruah /usul periksa. Kalau hendakkan jihad pun biarlah kukuh dan pasti sebab musabab syar'iinya. Entah2 Brahim ni erti jihad pun dia tidak tahu. Tidak faham. Almaklumlah dunia pencacai mana ada sekolah mengenai kebenaran. Jihad ke atau jahat?
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda