Bagi lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” - Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi wanita, Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” Diucapnya sebanyak tiga kali.
TPM: Tip hari jumaat buat ingatan kita semua. Suami isteri adalah karib yang mengisi hidup kita. Terikat menjadi teman hidup setelah berlangsungnya akad mengikut syariat Allah Ta'ala dan sunnah Nabi s.a.w. Semua kita mahukan kebahagiaan hingga akhir hayat, memiliki zuriat solehah di dunia dan/hingga ke akhirat. Pasangan suami isteri bahagia ialah pasangan yang mendapat berkat dan rahmat Allah.....
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda