KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Baca seterusnya.....)

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan yang bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awang"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.(Baca MKini ...... )

"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanyaGERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. ( Baca Mkini.....)

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyangkal dakwaan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP pernah meminta pastornya mendoakan supaya Malaysia menjadi negara Kristian atau penganut Kristian menjadi perdana menteri. ( Baca MKini...)

Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

merdeka statement launch 020807 bernard dompok"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. ( Bac MKini ......)

Penulis blog Zakhir Mohamed terus menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas "cakap-cakap" berhubung dakwaan konspirasi bagi menukar agama rasmi persekutuan kepada Kristian dan melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.

Dalam satu tulisannya di blog bigdogdotcom.wordpress.com semalam, Zakhir berkata ia perlu disiasat rapi kerana ianya mungkin menyebabkan golongan Melayu dan Islam "bangkit dalam keadaan marah." (Baca Lagi ...)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia.

"Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini," katanya kepada wartawan Malaysia. (Seterusnya ..... )

Parti Islam Se Malaysia (PAS) pula menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas. ( lapor Harkahdaily..)

TPM:...Seorang forum Malaysiakini, Hanisah Halim menulis: "Ini yang di namakan POLITIK KOTOR, PM sendiri berkata mereka akan mengunakan segala senjata, setelah gagal mengajak PAS keluar dari PR, mereka guna cara membakar isu keagamaan dengan tujuan orang-orang melayu didalam PR akan keluar dari Pakatan Rakyat. PAS lebih arif dari UMNO untuk memperjuangkan dan melaksanakan Ajaran Islam. LIKE PAKATAN RAKYAT."

Sesudah siri sodomy 2 bercerita tentang Sayfool menyimpan mani 3 hari dalam duburnya kian ketinggalan, timbul langsung kisah video porno blek&wait mengancam DSAI oleh Datuk Trio....harga minyak Ron97 naik RM0.20; muncul pula Umno mahu mengurat PAS dan bermunculan menuduh PAS sombong / tidak ikhlas. Macam-macam. Sehari dua ni mendadak Utusan Meloya membangkit isu Kristian mahu jajah Kerajaan 1Malaysia dan memproklamir Perdana Menterinya nanti 'Orang Kristian'! Kecor dan geger itu mengikut Utusan ialah pada tulisan dua blogger yang mula-mula mencetus dan membakar. Beberapa NGOs pula spontan berkeriyau..Harga GULA pulak naik RM0.20 semalam waduh.... UTUSAN MALAYSIA adalah nila pekat yang menitik merosakkan susu. Nila itu rasanya akan diharamkan di DUN Pulau Pinang...(baca lagi....)

utusan malaysia kritsian agama rasmi


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda