Sejak mengalami sakit tenat akibat keputusan Pilihanraya Umum ke 12 tahun lalu, Umno dan parti-parti seBNnya masih belum kebah. Penyakit itu merasuk setiap parti seBN itu: Umno, MCA, MIC, PPP serta Gerakan. Timbul perselisihan dan haru-biru di dalam parti-parti tersebut di samping mendapat bahana perebutan kuasa melalui pemilihan pucuk pimpinan pada persidangan agung tahunan mereka. Rasuah @ politik wang membajai karenah kempen memilih pucuk pimpinan.

Untuk mencari kekuatan baru, Umno-BN mengintai peluang mendapatkan semula maruah yang hilang. Mereka sanggup melaku apa saja demi mengukuh kedudukan mereka sama ada berhabis jutaan ringgit demi kemenangan pada 9 kali pilihanraya kecil selain melakukan kudeta di negeri Perak. Tanpa segan malu mereka juga bagai menaja / mahukan ada kerjasama dengan Parti PAS sama ada atas nama 'Kerajaan Perpaduan' (Unity Government) atau ketara mengajak PAS ikut menyertai Barisan Nasional, meninggalkan Pakatan Rakyat yang sama berkongsi dengan PKR dan DAP.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Mursyidul-'Am PAS YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz nik Mat sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

Mantan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamed pernah mengatakan Umno sudah begitu lemah dan uzur. Pemimpin-pemimpinnya amat berkepentingan diri dan melupai rakyat.


Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.
Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.

Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi. "Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan ".

Mutakhir, Tun Dr Mahathir telah mngatakan Umno kini busuk hingga ke ususnya. Dikatakan beliau dan beberapa orang bekas pemimpin kanan akan ikut menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu (baca di sini.......).

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda