Posted on Monday, November 30 @ 09:55:45 MYT by Admin Minda Rakyat.

6ixthsense writes

"KUALA TERENGGANU - Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.

Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.


|http://buletinonline.net/

TPM: Nelayan kita takut ke laut. Di tengah ombak dan angin kasar itulah tiba hujan disembar lebat-lebat. Kucah mengalah gelombang menang. Ikan, sotong, udang dan ketam merawat kehidupan berbenih dan menambah zuriat. Lagi terlepas ancaman. Tapi nelayan dikongkong iklim terlepas rezeki.

Tengkujuh monsun menambah sukar warga Terengganu kita ke laut luas. Bungkam terkurung bersama akal hujung tahun. Buka tahun nanti anak-anak perlu belanja lebih ke kelas baru. Karenah pelbagai yuran menggerun warga negeri kaya minyak tetapi sesak miskin kedua dalam negara 1Malaysia. Retorika rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tersangkut pada perahu dan layar Piala Monsun ini tahun!

Tengkujuh monsun disember warisan orang-orang tinggi harapan tetapi gagal ta'kulan. Tengkujuh tahun ini Terengganu kita menyedia hadiah juta-juta kepada orang-orang mewah berlumba sedang rakyat sendiri terpinggir, 'mewah' dengan kemiskinan kedua negara.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda