Semacam sudah jadi fitrah setiap sesuatu yang baru akan bertentangan dengan yang lama. Zaman jahiliyah sebelum para rasul khususnya rasul-rasul 'Ulul-'Azmi' umat manusia menyembah selain Allah, bertuhankan manusia atau berhala. Mereka bersyariatkan hawa nafsu. Kedatangan para rasul tersebut mendakwah 'perkara baru' bagi mereka agar beriman kepada Allah, menerima kerasulan dan bersyariat menurut ajaran para rasul tersebut. Telah sekian lama mereka hidup di dalam kesesatan dan didodoi pula oleh nenek moyang mereka dengan adat istiadat ritualnya.

Maka para rasul ditentang malah ada yang diperangi hingga dibunuh (sila rujuk tafsiran Surah Yaasiin). Sirah para rasul mencatatkan kebejatan dan kezaliman umat hinggalah mereka dimurkai Allah dan ditimpa bala. Di zaman Rasulullah s.a.w, baginda ditentang oleh kaum baginda termasuk daripada kalangan saudara mara sendiri. Peristiwa Hijrah adalah mercu tanda 'furqan' atau pemisahan dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah s.a.w terus menyampaikan tablighnya, disambung oleh para sahabat, tabiin dan pengikut tabiin hinggalah para ulama kemudiannya hingga kini di zaman moden.

Jadi tidak hairanlah kalau dikatakan para pemimpin sejati Islam, para pendokong perjuangan Rabbani dan para pendakwah kearah Iman, Islam dan Ihsan kini berada di kandang orang salah a.k.a orang kena tuduh (OKT) yang menunggu masa untuk dihukum 'salah'nya atau dizalimi. Jadi para pejuang tadi mestilah beristiqamah, sabar, redha dan memiliki sifat-sifat mahmudah selaku hamba Allah yang menerima ujian!


ASY-SYAHID SYED QUTB SEBELUM KE TALI GANTUNG




0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda