Datang Zulhijjah tahun ini (1430H), iklim di bumi Malaysia dipanaskan oleh serangan isu-isu untuk menyerang sosok Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul-'Am PAS YAB Tuan Guru Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat. Melalui isu tanggapan beliau terhadap idea UG yang digodeh oleh Umno-BN tak habis-habis hingga timbul geger idea Prof Abd Aziz Bari hingga menderetkan rasa cemas. Bara panas itu dapat diredakan dengan cadangan EGM buat PAS namun bertukar kepada seminar di Taman Melewar.Beberapa orang besar PAS diseret kononnya menyukarkan perjuangan parti. Cerita 'panas' jadi reda selepas seminar.
Belum pulih cerita panas itu timbul pula perkara 'Bai'ah Talak 3. Seperti biasa media massa pro-UBN galak menjaja cerita bermunculanlah penganalisis pro-kontra dari mufti, pimpin masyarakat dan NGOs. Hingga kini, isu itu senyap dibawa angin setelah dijawab oleh pihak PAS.
Last-last ada pula isu 'batu api' yang mahu melibatkan menantu TGNA selaku CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan bloger Kickdafella hinggakan Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman diserang SPRM (akhirnya beliau dinasihatkan agar meletak jawatan CEO-nya di PMBK), isu TGNA ditaja untuk mengerjakan ibadat haji RM 65K (hingga TGNA membatalkan niat ke Tanah Suci), isu yang mengaitkan ahli Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa dan mutakhir isu tulisan Nik Abduh pada blognya 'masanya memilih jalan yang lurus'.
Berjujut karenah yang disebarkan oleh media pro-BN menjalankan agenda perang sarafnya terhadap PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Mereka menyerang PAS dan PKR yang kekuatannya amat mengejutkan Umno itu; sokongan orang-orang Melayu terhadap parti kebangsaan itu merosot sakan, gagasan 1Malaysia Najib-Muhyiddin masih retorika untuk melindung barah dan kudis dalam Umno-BN.
Satu demi satu berita fitnah, tohmah dan bohong dihidangkan oleh media BN semata-mata untuk memburuk-buruk Pakatan Rakyat(PR) dan pimpinannyadi mata rakyat. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PR adalah parti bermasalah, pimpinannya bermasalah dan perpaduan dalam PR juga bermasalah.... (baca selanjutnya...)
Diharapkan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersabar, teruskan wala' kita kepada pimpinan dan tidak mudah melatah dengan karenah Umno-BN. Banyak orang mengatakan media pro-UBN adalah media hiburan, menyebar fitnah dan pembohongan; sukar mencari kebenaran melaluinya kecuali keputusan Toto dan Nombor Ekor!!!
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda