Pelbagai cara dan ikhtiar akan dilakukan oleh pihak yang bermusuhan untuk menjatuhkan pihak lawannya. Seminggu ini isu yang hangat diperkatakan terutama oleh media massa arus perdana ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah menggunakan kaedah 'Bai'ah' yang agak luar biasa bagi sesetengah orang (isteri PM juga ikut bersuara menyatakan tidak boleh dicampur-adukkan politik dengan rumahtangga!)
Selain menggunakan kalimat sumpah dengan nama Allah, pihak PAS dkatakan menggunakan semacam taklik akan tertalaq-tigalah jika wakil rakyatnya melompat ke parti lain atau meninggalkan perjuangan PAS.
Seperti biasalah keadaan dikecohkan oleh para pencuri peluang untuk mengacau suasana. Sengaja mahu mnegeruhkannya, bertujuan pihak pembangkang ditimpa tohmahan buruk oleh masyarakat maka hal itu dijadikan isu serta segera dihangatkan oleh setan-setan pemecah-belah jemaah Islam. Mereka sudah tentu akan berkompromi dengan si jahil yang akan memberi pandangan lebih serong di depan forum masyarakat.
Telah muncullah pengulas-pengulas yang memang menunggu untuk membantai PAS hingga memerlukan campurtangan pihak mufti atau penguasa agama Islam. Kadang-kadang pandangan juga dikutip di tepi-tepi jalan termasuk golongan artis bagi menyuburkan kebencian mereka terhadap PAS, satu-satunya parti/jemaah Islam tu. Ada yang mengatakan ianya suatu paksaan yang tidak munasabah, menuduh PAS menyekat kebebasan manusia dan menghina kedudukan kaum isteri.
Pihak individu dan media massa (demi melariskan akbar mereka) telah menghangatkan isu konon 'perbuatan aneh dan keji' dengan harapan merosakkan lagi reputasi parti PAS. Berusahalah pula pihak PAS menjawab masalah itu mengikut salurannya yang terbatas. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menyelamatkan keadaan dengan menjelaskan perkara sebenar di samping menyebut pihak Umno-BN juga ada cara sumpah ikrarnya.
Para wakil rakyat Umno-Barisan Nasional dikatakan akan diminta menandatangani borang kosong tanpa tarikh demi meyelamatkan juga YB mereka dari melompat parti. Datuk Mustafa juga memberitahu pihak PAS telah lama membuat 'Bai'ah' agar YB-YBnya tidak mudah dibeli oleh orang lain khususnya oleh pihak Barisan Nasional, tetapi bukanlah bertaklik hingga tertalaqnya isteri yang dikasihi.......

Abdul Hadi,
Salam ukhwah. Nampaknya selepas isu 'bai'ah' ini senyap timbul pula isu Tok Guru Nik Aziz dapat tajaan mengerjakan haji. Saya pun hairan kenapa perkara-perkara begini timbul. Macam ada agenda tertentu. Sejak dari dulu Datuk Nik Aziz ni diserang dari pelbagai penjuru. Saya yakin beliau tidak akan melatah kerannya.
salam dan terima kasih. menjadi isu apabila mmg sengaja mahu digegerkan. adakah masalah 'bai'ah' dan tajaan haji itu hukumnya haram? sepatutnya majlis fatwa menjelaskannya. sekadar mahu beri pendapat, ramai orang mahu termasuk para emosionalis. bak kata org tua2, kentut pihak sana diwarwarkan amat busuk, sedang kentut pihak sini lebih kuat dan busuk tidak pula digegerkan malah melindungkanya. ada wanita utama yg tak menutup aurat bercuti atas kapal mewah berjumpa harta putera arab; yg diwarwarkan budi baik wanita itu hingga dapat sagu hati (didermakan)...perkara menghabiskan belanja besar dan bermewah itu tidak pula digegerkan. antara gajah dan kuman, sudah tentu hanya orang-orang buta akan menelah pelbagai bentuk gajah tersebut. mereka yang konon celik bersorak mengisukan bentuk badan si kuman. 1malaysia marhein didahulukan atau keadilan dipinggirkan.