Cerita kontroversi politik di negeri Perak belum reda, pilihan raya kecil di kawasan parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai akan berlangsung 7 April, manakala persidangan Agong Umno mula bersidang.... alih2 akbar popular serta sensasi politik milik PAS dan PKR digantung 3 bulan. Ini mesti ada something wrong some where...

Itulah nasib media massa milik parti pembangkang. Sudah acap kali akbar HARAKAH disekat pengedarannya malah pernah digantung pengeluarannya. Kerajaan BN dengan kuasa Kementerian Dalam Negeri bermenterikan DS Syed Hamid Albar dari Umno kali ini barangkali gerun dengan situasi mencemaskan Umno dan BN akhir2 ini. ' Berkat kerja' KDN di bawah dagu Pak Syed itu, PAU menghadiahkan beliau 'gagal' memenangi pemilihan ahli2 bagi jawatan Naib Presiden dan ahli MT. Tahniah Pak Syed kerana mendapat hadiah tersebut.

Kesan besar penggantungan itu sudah tentu akan terasa oleh PAS dan PKR, staff kedua2 akbar itu, pengedar2/penjual2nya dan penyokong2 @ pembaca tegar akhbar2 terbabit. PKR bertindak mahu menerbitkan juga SUARA KEADILANnya. Ketua Umum PKR menuduh pihak penguasa BN telah berkuku besi terhadap kebebasan media massa pembangkang.

Pihak akbar HARAKAH pula merancang untuk menerbitkan juga akhbar bernafas politik PAS terkini demi menyahut kehendak penyokong di samping sebagai keperluan asa menjelang PRK yang bakal menjelang 7 April itu. Kabarnya akhbar baru itu berjenama HUJAH dengan isi. asam garam perencahnya serupa HARAKAH. Kita tetap alu2kan apa jua jenama dan bahan akhbar yang boleh dan berupaya menterjemah 'kebenaran' dan mendedah kebobrokan demi menjernih situasi sosio-politik negara Malaysia Boleh ini.

Pihak yang menggantung kedua2 akhbar tersebut beralasan kedua akhbar itu menyebarkan fitnah yang boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat Malaysia Boleh ini, namun bagaimana pulak dengan berita2 dari RTM & TV3 dan akhbar2 arus perdana. Sewajarnya masyarakat yang prihatin dengan kebenaran bertindak pula menggantung ' tontonan ' RTM, TV3. Mursyidul'am PAS, TGNik AbdulAziz pula menyarankan agar mayarakat ikut menggantung pembelian dan bacaan akhbar2 Berita Harian juga Utusan Malaysia. Persoalan yang menghantui kita: Mengapa mereka amat takut dengan HARAKAH & SUARA KEADILAN?

3 Responses so far.

  1. abdulhadi, salam. semoga enta sihat-sihat.

  2. Inilah politik.

  3. Gantung Harakah, Haram suara keADILan, Haram PEMERAM, Haram cakap mengenai Altantuya semasa berkempen, Haram HUDUD.

    Halal Sure Heboh, Halal BOM orang, Halal Rasuah, Halal ISA.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda