Ismail Safian calon BN di Bkt Gantang~~ Malaysiakini.
Mar 14, 09 12:32pm

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, 7 April depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taiping hari ini. Najib juga merupakan pengerusi Umno Perak.

Najib juga dijangka mengumumkan calon BN bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah petang ini.

Latar Belakang Ismail Safian Calon BN di Bukit Gantang.

Ketua Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Ismail Saffian,48, telah dipilih sebagai calon BN bagi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil pada 7 April ini. Ismail yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang tewas dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian di tangan Datuk Rosli Husin baru-baru ini.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular sebelum ini. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.

Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.

Beliau pernah menjadi Setiausaha BN Bahagian Bukit Gantang dari tahun 1999 hingga kini. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang dari tahun 1999 hingga 2004.

Bapa lima anak ini mempunyai pengalaman kerja yang luas di KEDA, Alor Star; MRSM, Taiping; Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar; Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

2 Responses so far.

  1. Assalamualaikum!
    Baru-baru ini saya ada balik ke Semanggol, Perak. Kehangatan pilihan raya di Bukit Gantang memang sudah terasa.

  2. Salam,
    Saya telah menerima 'Racun Abadi'. Kini saya telah memiliki ketiga-tiga kumpulan puisi saudara. Nampaknya saudara tetap prolifik dan dapat menghasilkan sajak-sajak yang bernas. Salam puisi dari saya.

    Shapiai Mohd. Ramly.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda