Golongan Celaka Mahu Teruskan PPSMI ~~Harakahdaily
Wed | Mar 04, 09

"Tindakan tersebut merupakan satu perbuatan menipu bangsa sendiri." Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang menggelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. "Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta Imagelebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. "Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan. Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu pada Februari lalu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

(Berita ini dipetik daripada Harakah dan laman web Presiden PAS)

TPM: Baru-baru ini kecoh besar di beranda Bangunan Parlimen beberapa gedeber Pemuda Umno menyergah dengan bengkeng terhadap OKU tersohor dalam politik negara kita, Pengerusi DAP merangkap AP Bukit Gelugor YB Karpal Singh. Golongan tunjuk gedeber Pemuda itu amat tersinggung 'kunun'nya kerana celupar Karpal menghadiahkan kata 'celaka' kepada mereka. Sudah tentu ada 'something wrong some where' membolehkan Karpal menujah kata tersebut kepada sayap musuhnya. Pak Ku Mat Rithauddin saran agar sayap ini dipotong buang! Melenting juga mereka dengan saranan Pengerusi Disiplin mereka tu hingga dituduh nyanyuk oleh Pemuda.

YB TG Haji Abdul Hadi Awang pula memang tepat mencelakakan golongan penerus PPSMI ni. Memang 'panas' isu yang diperjuangkan hingga berlaku 'tunjuk kasih' bahasa dengan harapan mengumpul 100,000 orang Sabtu lalu di Bandaraya KL. Klimaksnya mereka ke Istana Negara menyerahkan memorandum kepada Paduka Agong. Peristiwa 'Hari Ini Dalam Sejarah' Bahasa Melayu itu walau pun tidak terkumpul ke angka 100K, namun kehadiran sudah memuaskan.

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said, mantan Pengarah DBP Dato' Dr Hassan Ahmad (tidak kelihatan pun pegawai-pegawai DBP sekarang bersama orang-orang GAPENA, Prof Ismail Husein di mana anda?), beberapa pensyarah IPTA dalam bidang Bahasa Melayu ikut serta bersama penunjuk-penunjuk kasih Bahasa Melayu. Mereka terpaksa bernafas dalam udaragas pemedih mata semburan/anjuran pasukan polis FRU Negara Malaysia pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti Kebangsaan Melayu yang difokuskan agar prihatin dengan perjuangan Gerakan Mansukhkan PPSMI (GMP) ini.

Para pejuang itu setelah lama bersidang, memohon, berikhtiar dan mencari jalan agar pihak kerajaan khususnya Menteri Pelajaran tidak memandang sepi dengan kebejatan PPSMI bagi masa depan anak-anak bangsa Melayu. Namun perkara dibenci itu berterusan 6 tahun dan sudah banyak yang dimangsakannya. Berbagai cara dan perbandingan diketengahkan buat perhatian pihak kementerian pimpinan Ketua Pemuda UMNO merangkap calon Naib Presiden Umno (pemilihan agung hujung Mac nanti), namun Dato' Seri Hishamuddin Husein tegaskan balik dengan bermacam alasan. 'Ada dalang politik, dia tidak tergugat untuk ke pemilihan tersebut'. Apa-apa aje lah Labi!!! Engkau ada kuasa di saat ini.

Kita menunggu risiko atau akibat yang akan terjadi setelah dua kali celaka mengenai kepala seseorang. Kita teringat peristiwa di Baghdad hujung tahun lalu, mantan Presiden Amerika George W Bush dijatuhkan lagi maruahnya (yang memang tidak bermaruah) dengan dua kali lontaran kasut oleh wartawan Iraq Muntadher al-Zaidi. Itulah ucapan selamat tinggal buat Bush sebelum dibesarakan rakyat AS. Kita tunggu kecelakaan bagaimana akan menimpa pada para penerus PPSMI!

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu PPSMI bagi mengelakkan isu itu menjadi lebih besar.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda