NIZAR CALON PAS DI BUKIT GANTANG ~~Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan. Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu. - azm _

TPM: Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling popular di negeri Perak Darul-Rihuan sepanjang bulan lalu, februari 2009. Seorang MB dari PAS yang dilantik setahun lalu selepas PRU12 hanya berkuasa di kerusi Menteri Besar negeri itu selama 10 bulan lebih sebelum disingkir oleh mainan politik BN-UMNO.

Bermula dari beberapa YB katak dari PKR yang ke sana ke mari setelah tersadung rasuah dan isu peribadi. Mereka diberi perlindungan oleh big boss dari Putrajaya, 'terhilang' dan muncul semula dengan sengih yang lain. Keadaan menjadi hingar sehingga BN berasa terdesak untuk memasuki Istana Iskandariah menangguk jawatan MB dari Sultan Perak. Peluang BN menambat hati tuanku memberi peluang pula kepada Datuk Dr Zambry Abd Kadir ADUN BN dari Pangkor menduduki kerusi MB.

Suasana semakin gawat, sedikit bumi Perak tidak jauh dari istana telah dilitup gas pemedih mata FRU punya. Rakyat penyokong2 PR diterjah gas dan berbagai tuduhan. Nizar dan exconya dituduh menentang raja kerana sembah 'mohon derhaka'nya. Media arus perdana geger merebut peluang menghina Nizar, exco2 dan PR. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin tetap dikira penguasa kerusi MB dari segi Undang2 Tubuh Negeri Perak oleh PR serta sebahgian besar rakyat Perak. Banyak pengamal undang2 yang ber'etika' berpihak kepada YB Nizar bahawa beliau adalah Menteri Besar yang SAH bagi negeri itu.

Persidangan DUN diadakan di bawah pokok kerana pintu DUN dikunci rapat oleh pihak SU Kerajaan anjuran BN, dikawal rapi pula oleh pihak polis. Speaker DUN YB Sivakumar dituduh macam2 sehinggalah bertambah pelbagai isu baru yang mengheret ke laporan polis, undang2 tubuh negeri, kitab perundangan, pertukaran hakim, mahkamah dan mengadap 'Lord Reid' di London. Peristiwa ini telah menambah lagi catatan 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi negeri Perak Darul-Ridhuan.

Bagaimana pun tarikh 7 April 2009 nanti akan menentukan percaturan maruah antara Pas-PR, Umno-BN dan Nizar calon Pas vs Ismail Saffian calon BN untuk kawasan parlimen Bukit Gantang. Kita tunggu berita keputusan PRK tersebut dan kita nanti pula impaknya kepada iklim politik tanah air seterusnya.

2 Responses so far.

  1. perakians, stand up, show your full support to nizar!!!

    PAS!!! PAS!!! PAS!!! malaysians sokong PAS mengulingkan pemusnah negara, UMNO.

  2. Moga sokongan padu dari para pengundi tetap tercurah serupa sokongan mereka kepada almarhum hj roslan. pas for all = islam for all. ya allah tolonglah kami mengalahkan kaum fasik...amiin. TAKBIR!!!

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda