Pemerintahan khalifah ke 2 dari sistem Khulafa al-Rasyidiin adalah bertumpu kepada pembangunan, kemajuan dan penyebaran Islam ke luar kawasan. Amirul-Mu'minin Umar bin Al-Khattab r.a mentadbir negara Islam dengan penuh prihatin dan adil. Baginda amat teliti menjaga kepentingan rakyat dan sangat bimbang akan dirinya dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak jika pentadbirannya tidak menepati kehendak Allah dan rasulNya.
Manakala Umar bin AbdulAziz (682-720M) adalah khalifah Bani Umaiyah ke 8. Beliau adalah cicit kepada Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. Kkalifah Umar bin AbdulAziz juga digelar Umar II kerana pemerintahannya yang juga adil, telus dan penuh prihatin terhadap rakyat..
Di Malaysia ini, belum ada seorang PM atau pemimpin BN yang mengambil corak pentadbiran sebagaimana pemimpin-pemimpin Islam terdahulu. Kita tabik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang acap benar menyebut dan mengiktiraf keistimewaan Khalifah Umar bin AbdulAziz itu. Beliau mahu menjadikan Umar sebagai idolanya dalam melaksanakan pemerintahan kerajaan PR di Pulau Pinang. Kita harap beliau ikhlas mencontohi Khalifah Umar dan berhasil mencapai kemakmuran seperti zaman khalifah tersebut di Damsyik seribu tahun lebih yang silam.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda