Tahun Baru 2014 jatuh pada Hari Rabu 29 Safar 1435H.
Genap 5 tahun Ayahanda kembali ke rahmatullah. (31 Disember 2008).
Tiada apa-apa acara atau majlis dibuat, selain dari doa dari anak-anak
agar Allah melimpahkan keampunan dan rahmat bagi kedua ayah bonda tercinta.
Yayasan Al-Muhammadi dingin dan sukar dihangatkan kembali oleh sebab-sebab
'tertentu' . Sebab berjauhan, gendala kutipan sumbangan, kesibukan dengan
kerjaya dan tugas harian barangkali menjadi faktor kelembapan iklim aktiviti
kita.
Alam Persekolahan bagi orang-orang yang terlibat dengan 'dunia buku' dan 'dunia
pendidikan' bermula hari ini. Siti Farhana cuti untuk bersalin, Ahmad Hazeq Wajdi
menumpang sekolah di SK Demit.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda