7/1/14
7/1/14 = Selasa 5 RA 35H
Pembayaran kutu RM200.00
Solat hajat di masjid mohon sejahtera cucu yang di kandungan ibunya Ct Farhana.
~ :)
Tempoh antara waktu Asar dan Maghrib pada hari Jumaat adalah
antara waktu terbaik untuk berdoa.
Banyak kisah resah dan duka marhaen yang
melata di bumi Allah bernama Malaysia. Barangkali tatkala pemimpin enggan mendengar suara kecil rakyat jelata yang
merintih, jangan pernah berhenti untuk mengadu kepada Allah, Tuhan yang maha
mendengar dan sentiasa sudi memakbulkan harapan.
Selamat berdoa, dengan gugusan doa terbaik.
Berceritalah. Mengadulah. Semoga resah hati akan berkurang. Jiwa lebih tenang.
Fikiran lebih lapang.
Andai benar kita dizalimi, ingatlah bahawa doa
hamba yang dizalimi itu tiada hijab, tembus ke langit menemui Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda