14/1/14 Selasa
Selepas solat zohor ke rumah Rudziah anak AbgHalim di Kg Padang Kala, Melor sempena
naik rumah baru. Bukan main lecah simpang siur kereta lari dari lubang berselut. Sah... kena
basuh kereta pasni.
Ramai panggilan datang. Warih, jiran, kawan sekerjanya dll. Alhamdulillah makan tengahari
buat kami: Dah dan Hilmi.
Pok Ghi beritahu Hj Rahim SPRM masuk CCU Husm kerana serangan jantung.
Selepas 'asar Dah pergi ziarah. Agak penat tapi boleh bercakap-cakap.
:( --- Untuk sementara waktu, kadar tol tidak akan dinaikkan. Berita baik ini ditegaskan sendiri
oleh PM pada ketika orang ramai dilanda keresahan memasuki tahun baru 2014 dengan serba
serbi naik.
:( --- Keresahan mengenai tol tercetus beberapa hari sebelum tahun baharu bila Menteri di JPM
Datuk Abdul Wahid Omar menegaskan bahawa kerajaan tiada pilihan lain melaainkan meaikkan
bayaran tol pada 13 lebuhraya antara RM0.50 hingga RM2. Bagi sesetengah rakyat 1M'sia akan
mengikis hingga RM90.00 sebulan untuk menyumbat botol TOL (ol !!). Tiba-tiba menteri bang ang
yang bendul itu menjelaskan: Mana-mana yang tak mampu bayar tol, gunakan sahaja laluan alternatif
tanpa tol!.....Orang ramai bukan sahaja resah tetapi MARAH
Tahun 2014 tahun BN naik tocang. Maka minyak pun naik, tarif letrik pun naik, tol juga naik DAN
pastinya semua barangan keperluan akan naik termasuk tambang menambang. .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda