13/1/2014

Iklim sekitar agak sejuk. Perubahan cuaca barangkali menukar hawa badan. Ada yang
demam. Selsema dan memerlukan rawatan. Dua cucu kami terpaksa tidak ke sekolah.













Iklim di pasaran keperluan hidup rakyat juga sedang melonjak naik. Panas dan geger. Golongan berpendapatan rendah dalam hingar dan sakit tayar. Golongan berpendapatan tinggi semakin tinggi
hidungnya. Jiwa dan akal rakyat disakitkan, isi poket ameno dan kroni diutamakan...

Najib pada 12 Januari dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. 
Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik 

salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."













0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda