Wartawan Malaysiakini Kuek Ker Kaung Keng melaporkan: Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara. Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan. Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR. (lihat berikutnya.....) TPM: Siapa bermain api? Bukan anak kecil lagi. Orang dewasa sejak lama main api. Mereka orang-orang besar dalam UBN. Mereka orang-orang besar di jabatan-jabatan berkaitan meluluskan pendaftaran jadi warganegara, meluluskan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen untuk Pilihan Raya Umum. Berhak juga memilih pemimpin dan pemerintah negara tumpah darah tercinta ini! Kenapa terjadi begitu? Apa motif dan harapan pencacai-pencacai itu? Mereka sanggup menggadai negara kepada PATI dan PADI ...para pendatang asing itu. Demi RM, demi kuasa dan demi tiadanya sifat cinta tanah air mereka sanggup lakukan apa jua. Para pemimpin Umno-BN sudah dan mahu kaya raya menjadi jutawan dan laksawan hingga betul-betul sawan pun mereka tidak apa....tidak sanggup atau sanggup ke mahkamah apabila dilaporkan kepada PDRM / pihak berwajib. itu soal lain. Adanya SPRM pula, kita jadi tidak tahu siapa 'pihak berwajib' itu. Sudah semacam hilang kepercayaan kita kepada pihak yang memegang amanah itu. Maaf aku memetik beberapa rasa ' rasa hati' forumers kat Malaysiakini:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas menerima surat rasmi mengenai usul tersebut.
Mohamed Nazri berkata pada umumnya, seseorang itu boleh memohon menjadi PR iaitu pemegang kad pengenalan merah setelah tinggal di Malaysia selama 12 tahun mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kalau dan Menteri Tak Tahu, HABIS TU???