Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan UiTM Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menjelaskan bahawa menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Beliau juga mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

TPM: Menteri Dalam Negeri sekarang ialah DS Hishamuddin Husein, anak mantan PM Tun Husein Onn. Beliau adalah saudara sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia DS Nabib Tun Razak yang juga anak mantan PM Tun Ab Razak b Husein.
Antara tanda-tanda orang munafik ialah:
1. Bila bercakap dia berdusta.
2. Bila berjanji dia mungkir dan

3. Bila diberi AMANAH dia khianat!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda