Dr M: Pembangkang pun terlibat tipu muslihat p'raya ~~ Malaysiakini 17/8/11

Pembangkang juga, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terlibat dalam tipu muslihat semasa pilihan raya.

Katanya, sewaktu pentadbirannya, pembangkang juga terlibat dengan taktik seumpama itu.

mahathir ikmal presidential lecture 290410Pada satu masa, tambah Dr Mahathir, terdapat 50 orang yang
didaftarkan di sebuah rumah.

"Kami tidak tahu bagaimana, tetapi mereka berjaya mendaftarkan pengundi dalam kawasan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kutipan dana membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Dr Mahathir (kanan) berkata, perkara itu perlu ditangani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau menyatakan sokongannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu juga mengakui pilihan raya di Malaysia tidak bebas daripada penyelewengan dan campurtangan kerajaan yang memerintah tetapi menegaskan apa-apa kecacatan pun yang ada, tidak seserius di tempat lain di dunia.Dr Mahathir berkata, pilihan raya di Malaysia, walaupun tidak benar-benar bersih, tetapi bersih.

"Saya perlu menegaskan bahawa ia juga tidak seteruk di negara-negara lain di mana kerajaan mendapat 90 peratus undi... di sini pembangkang juga menang beberapa negeri," tambahnya.

TPM: Kah...kah...kah... Tun M telah mengaku perbuatan kerajaan BNnya 'jahat dan tidak adil' dalam pilihanraya atau SPR (?), di samping menyendehnya kepada pihak pembangkang. Itu memang cara beliau. "Anak orang lain mati jugak!" kata Pak Pandir. " Orang lain jahat dan tidak adil juga". Tanpa bukti. Ada rakaman video ker? Upah Datuk3 T buat video bahawa pihak pembangkang juga ada main tipu tu. Correct...correct...korek.

Selalunya bila harga minyak dan barangan keperluan mendadak naik; pihak kerajaan akan jelaskan di negara lain lagi teruk. Tun M (jurucakap UBN kini) juga kata proses pilihanraya di negara lain juga teruk... Pembangkang menang juga di Malaysia?... kalau UBN tak tipu kalu...lagi manyak menang, malah totally drop and drop water face la! Hentikan modal Pak Pandir tu atau lebih baik diamlah bebulan posa nih!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda