Datuk Dr Hassan bin Ahmad kembali ke rahmatullah semalam adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, perancangan bahasa dan sastera serta aktivis bahasa Melayu ( baca,,,,,,,.)

Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagai ketua pentadbir institusi itu.

Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.(Baca....... ). Allahyam juga mengetuai gerakan menentang Program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hinggalah ianya dimansukhkan. (baca.....)

TPM: Datuk Hassan Ahmad adalah contoh terbaik seorang rakyat Malaysia yang sangat mementingkan kemajuan pendidikan di negara ini melalui penggunaan BAHASA MELAYU, satu-satunya bahasa ibunda tanah air ini. Bidang sains dan mataemtik, malah apa jua bidang ilmu tidak akan terkebelakang jika diajar / dipelajari dalam Bahasa Melayu yang telahpun dikira bahasa ilmu. Sepatutnya kita contohi kemajuan negara Jepun, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain tanpa semestinya melalui PPSMI pun.

Pengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad bersama SN Datuk A Samad Said di perhimpunan Kempen Mansuhkan PPSMI 31/1/2009 di Kuala Lumupr.

.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda