Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur.

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR).( baca sini...)

"Perlu diiktiraf bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya.”

Ditanya siapa yang sepatutnya menjadi ketua PKR yang baru, Zaid dalam nada gurau berkata: "Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang.( baca selanjutnya....)

"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu,” kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini.

Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

Bloger MSO ikut memberi pandangannya: Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh. (baca di sini......)

TPM:
Harapkan pagar, pagar makan padi
Mengamuk si gunting dalam lipatan;
Percayakan dia, nampaknya tak jadi
Air di tempayan jangan dicurahkan.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda