Mutakhir ini Presiden MCA Chua Soi Lek begitu rasis dan ganas terhadap masyarakat Islam di Malaysia. Malaun itu pernah terlibat dengan skandal yang memalukan masyarakat dan partinya sendiri. Syaitan suka berpihak kepada keburukan. Dia diangkat kembali oleh partinya dan kini dia menjadi presiden. Cerita video tentang skandal seksnya beransur hilang, namun fenomena merosakkan itu tetap menjadi bahan sejarah gejala politik tanah air.



Soi Lek kemudianya dilaporkan pernah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. Ternyata semacam dendam sedang bernyala di dalam jiwa doktor psikologi itu etrdap orang-orang Islam. Atau mungkin Soi Lek mahu 'test market' dengan menjual ucapan-ucapan yang boleh menimbulkan kontroversi dan provokasi.

Beliau semacam mahu mencari pentas untuk menonjolkan balik lakonannya. Lakonan yang melibatkan skandal seks itu telah menjatuhkan banyak reputasinya. Modal jualannya itu boleh menimbulkan 'panas' dan menyalakan bara permusuhan antara kaum/agama. Dia telah menyentuh parak Ordinan Akta Hasutan negara. Dia telah menyentuh parak tentang Cuti Hari Raya Negeri Kelantan yang telah diisytiharkan zaman berzaman. Pemimpin MCA itu sengaja membingungkan suasana dengan menerbitkan isu hari perayaan umat Islam di negeri Kelantan. Beliau mahu mempopularkan semula dirinya dengan menonjolkan publisiti murah tetapi agak rasis. (Baca di sini....)

Gila para pemimpin BN tidak seperkara dua. Mereka sengaja mencari dan mentakwil apa-apa jua kebaikan yang diputuskan oleh negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat: Kelantan, Selangor, Kedah dan P Pinang.

Isu yang baru ditonjolkan itu bukan saja menyentuh hati para pemimpin negeri Kelantan, malah menyentuh hak Sultan Kelantan selaku penaung Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, seluruh kakitangan awam dan negeri dan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira parti politik PAS atau Umno. Chua Soi Lek TIDAK LAYAK untuk mempertikai perkara tersebut.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda