SPR: BAYARAN RM20 (BN) dan RM250 (PAS) BUKAN RASUAH.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon. (baca di sini....)

PAS TURUNKAN SEPANDUK TIDAK BERTUAN

Sekumpulan 30 orang daripada jentera pilihan raya PAS menurunkan satu sepanduk yang dipasang di depan satu pondok polis di Kampung Batu Putih yang didakwanya boleh menaikkan kemarahan dan kebencian.

Penasihat jentera pilihan raya kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengetuai pasukan itu berkata, tindakan tersebut diambil bagi membantu pasukan penguatkuasa SPR.

"Walaupun SPR ada tiga pasukan penguatkuasa, mungkin suruhanjaya itu tidak dapat pantau kawasan pilihan raya yang begini luas. "Sepanduk seperti ini (dipasang) tanpa tanggungjawab kerana tidak diberitahu siapa penerbitnya.

"Ia digantung di depan pondok polis yang bertugas 24 jam. "Mereka ambil kesempatan untuk naikkan kemarahan dan kebencian," katanya.(baca lagi........)

TPM: 1) Soal mengeluarkan belanja berupa wang untuk memikat pengundi sama ada sedikit apatah lagi banyak telah menimbulkan haru-biru pada setiap kali pilihanraya. Soal sogok, wang rasuah, barangan keperluan, hamper, tambang balik mengundi dan sebagainya. Kini dua pihak telah memberi pandangan yang bertelagah. Wang tambang yang dijanjikan PAS buat pengundi balik mengundi, pihak SPRM mengatakan habuan RASUAH, manakala pihak SPR pila mengatakan tidak. Pihak pembangkang mengatakan janji / projek segera pilihanraya oleh Barisan Nasional juga adalah RASUAH kepada kawasan pilihanraya. "You help me, I help you yang dipopularkan oleh Presiden Umno itu sudah tentu "uacapan janji Rasuah " yang jelas. SPR apatah lagi SPRM juga MESTI menilaikan dengan spek RASUAH! Berilah penilaian yang ADIL.
2) Memasang sepanduk untuk mengutuk pihak lawan atau mahu mencari pengaruh dalam sistem demokrasi ini, biarlah berani bertanggung-jawab. Mengapa sepanduk yang dipasang di depan mata pihak polis yang jelas menghina PAS dan MB Kelantan dan tidak diketahui/tiada tanda pihak bertanggung-jawab itu boleh mencetuskan tuduh menuduh dan mangkin kepada pergaduhan. Jangan mulakan provokasi. Jangan jadikan setiap kali pilihanraya, pihak PR saja yang kena tuduh berlaku curang atau jahat. Sejarah telah mencatatkan pihak U-BN juga banyak melakukan ulah dan onar.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda