NONE1. Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita keturunan, dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera atau bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir. ( melalut seterusnya...)

2. "Saya benci untuk meramal perkara ini kerana ia mungkin tidak diterima dengan sangat baik, tetapi saya fikir menang kuat adalah sangat penting...dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan akan masih menang dan majoriti mungkin lebih baik daripada 2008," katanya ketika ditanya mengenai ramalan beliau bagi pilihan raya umum akan datang. (baca seterusnya...)

3. Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu mengubah strategi untuk mencapai Wawasan 2020. Idea lama menarik pelaburan asing langsung tidak boleh lagi diharapkan dan Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik. ((baca selanjutnya...))
azlanTPM: Tiga petikan terkini dari Malaysiakini menyatakan peranan tidak langsung mantan PM. Tun Dr Mahathir. Setelah hampir 8 tahun beliau turun dari kerusi PM di Putrajaya, beliau acap tersasul menterjemah angin politik, ekonomi, sosial malah agama yang bertiup dalam negara. Beliau berblog, berforum, merasmikan acara, mendampingi NGO's malah meramalkan, iklim bakal tiba. Tidak sedikit lontaran idea dan ramalan beliau menyengat hati dan akal orang lain.
Beliau begitu memusuhi Pak Lah, PM selepasnya. Tanpa segan silih sosok satu ini memberi teguran pedas, bagai cili api atau sekurang-kurangnya cilibo kepada mantan PM selepasnya itu. Mahathir tidak peduli tanggapan orang terhadap ' gila talaknya' . Dia bersuara lantang meminta Pak Lah lepaskan jawatan PM kepada orang lain sambil meluahkan tanya: 'Siapa Khairy Jamaluddin tu?" Beliau ketara tidak sukakan KJ, Ketua Pemuda Umno sekarang.

Tun M kata 1Malaysia Najib (serupa Wawasan 2020nya) hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu.
Frasa Tun M ini semacam tidak sehaluan dengan perjuangan UMNO "Hidup Melayu". Bagaimana pula dengan isu "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan oleh UMNO dan mereka menganggap Presiden PKR, DS Wan Azizah pemimpin pengkhianat bangsa, tidak bertanggungjawab dan anti Ketuanan Melayu?? Bagi Tun M: PRU13 akan datang, kerajaan BN 'akan masih menang' dan majoriti 'mungkin' lebih baik daripada 2008," itu kata Tun M. Nadanya semacam tidak yakin. Semacam beliau sudah tahu BN akan ditentang hebat dan Pakatan Rakyat punya senjata tegar buat melrampas Putrajaya sambil merobohkan kekuatan Umno dan BN. Kenapa Tun M sudah tidak yakin dengan pelaburan asing? Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik. Adakah 'pihak asing' sudah tidak yakin dengan pemimpin dan suhu ekonomi Malaysia? Apakah karenah pemimpin dan Kerajaan Malaysia sehingga rakan bisnes selama ini sudah tidak sudi melabur di sini?
Perlukah kita melayani pendapat Tun M yang punya agenda tersendiri atau menganggap beliau sengaja mencari populariti semula ketika Najib sedang 'sakit' ? Kerajaan Najib (RM First lady) dan Muhyiden kini kian bergelabah dengan pelbagai isu kroni, rasuah dan bilau masyarakat bermaksiat / berjenayah! Banyak bahan retorik sengaja dipentaskan bagi menjinak mata rakyat yang kini rajin menjeling kepada gerak langkah pemimpin dan kepimpinan Umno-BN. Kita tunggu PRU13, apa pula sudahnya.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda