Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly (kiri)yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam. Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.


“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".

Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit". Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.( baca selanjutnya....)

TPM: Di sana mahkamah sedang bincang tentang jubur Sayfool; di sini (Dewan Rakyat) dok bincang hal babi.

Di mahkamah katanya ada hakim, penguam negara, peguambela, saksi2, bahan2 saksi, laporan polis, doktor2 perubatan, DNA, airmani (pekasam), kondo, kondom, tangguh, dan lawan tetap lawan > mahakamah syariah...qazaf.

Di Dewan Rakyat ada Zul Nordin, PKR > Bebas > New York..... Mengutuk PR, PKR dan kini PAS. Dia kini jadi kayu Ngelong puak gerombolan no. wahid. Kalau di zaman Jepun dulu dialah 'kempetai'. Relainya Pertubuhan Al-Arqam dulu kata orang ada kaitan dengan karenahnya. Wallahu A'lam.

2 Responses so far.

  1. Kerana orang bukan Islam dan babi .... dua orang MP bertelagah di Dewan Rakyat. Iblis BERTEPUK TANGAN.

  2. kerana orang bukan islam? yang makan babi tu budak islam bongok.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda