Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.( baca di sini...) ( dan di sini...)

Mengulas hal tersebut, Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.(baca selanjutnya...).

Komen Minda Kampung dalam Tukar Tiub:

Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya.

Diatas antara apa yang Zaid Ibrahim sebut.

PKR ini dah hampir 10 tahun berada dalam dunia politik Malaysia.Banyak yang mai dan banyak yang dah pi.Yang pi sebelum ini pun bukan calang calang kaki,tapi PKR masih macam tu juga,kalau ada kudis pun cepat disapu ubat .
Kalau setakat 18 bulan dalam parti,jangan nak tunjuk hero.Kalau nak belah,eloklah belah sekarang.Ada pun semacam mengalas biawak hidup.
Aku juga tertipu dengan lagak Zaid Ibrahim,ingatkan manusia yang disokong penuh pada PRK Kuala Selangor ni ada nilai,rupanya sekupang pun tak ada guna.
Mujurlah banyak ahli PKR cepat sedar.Kalau dibiarkan Mamat ni menang Timbalan Presiden,percaya PKR akan dihancurkannya.Mungkin ada yang tak nampak lagi punca Zaid ni beria ia mau Anwar bertanding sebagai Presiden.Niat dia bolih dibaca.Kalau Anwar masuk kedalam,dialah sebagai kemudi PKR andaikata dia menang Tim Presiden.
Kalau ada lagi yang nak belah bersama dengan Zaid,harap lakukan sekarang.Bolih PKR atur strategi bersama Pakatan tanpa idea kacau bilau daripada depa depa yang hari hari berubah cakapnya.
*aku penyokong Anwar.

2010 November 8 08:27

TPM: Ada orang kata 'begitulah politik' ; malah ada juga yang mengatakan, begitulah jenisnya 'manusia zaid' ni. Dia terkenal dan disanjung kerana prinsipnya. Malah Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih dan dia diletak sebagai calon PRK Hulu Selangor tempohari. Lelah ahli-ahli PKR, PAS, DAP dan semua penyokong Pakatan Rakyat masih belum hilang selepas PRK Galas, Zaid telah bertindak pelik' lagi. Baru2 ini Zaid dah pilih jalan bertanding jawatan no. 2 dalam PKR; dan kini dia mundur tiba-tiba!!!Ada apa-apa agendakah dia? Itulah yang menjadi persoalan. Keadaan itu menambahkan lagi 'senyum seringai' U-BN terhadap Pakatan Rakyat. Namun, ada baiknya kita tunggu cerita selanjutnya tanpa mahu menyekat lintasan2 spekulasi terhadap angin politik mutakhir ini


.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda