Pemimpin-pemimpin UMNO-BN selalu menggunakan isu lapuk, ungkitkan benda sama atau jual surat kabar lama dalam menghadapi pembangkang. Mutakhir, Tmbalan Presiden Umno-BN menjaja lagi lagu lama tentang pembangkang, namun sudah tidak dipeduli orang dan PAS, PKR dan DAP semakin mara...terus mara.. (lihat di sini.....)
Bila ada Pilihan raya Umum (PRU) hinggalah PRU 12 tahun lalu, setiap kali PRK hinggalah PRK Bagan Pinang dua bulan lepas; isu pembangunanlah menjadi bahan kempen utama. Di zaman 1Malaysia inipun mereka menjaja isu tersebut di samping isu perkauman, isu DAP parti perkauman orang-orang Cina melampau, isu Parti Keadilan (PKR) memecah-belahkan rakyat dan isu PAS memeperalatkan agama/Islam untuk politiknya.
Untuk tujuan itu mereka hidupkan semula pentas retoriknya, UBN adalah 1Malaysia yang perjuangkan perpaduan untuk semua dengan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' . Semua rakyat tanpa mengira bangsa, keturunan, gender dan agama akan mendapat perhatian utama demi mencapai kecemerlangan. Itu konsep lama yang digendangkan kembali oleh kabinet Najib , waris pemerintah terakhir Dinasti UBN sebelum PRU13.
Bagi mengangkat martabat perjuangan mereka dan merendahkan perjuangan pembangkang, gerombolan UBN tanpa malu akan melaung-laungkan, menjaja pada media milik mereka bahawa merekalah penyelamat, pemberi kemakmuran dan kekayaan di samping para pemimpin mereka sajalah yang tahu kehendak rakyat. Mereka sajalah yang berhak menjadi wakil-wakil rakyat walaupun rakyat sudah jemu, sudah tahu fe'el buruk, tidak berakhlak serta pro-kezaliman.
Timbalan PM merangkap Timb Presi Umno-BN, TS Muhyiddin juga masih menjual surat kabar lama dalam kempennya memburuk-burukkan parti pembangkang. Mereka tetap menganggap mereka 'semua betul', bersih......berwatak putih! Mereka tidak pernah mengukur baju di badan, menghisab tahap kurap pada kulit sendiri atau melihat mulut sendiri yang memang sakit bukan kerana pedas lada.
Layak benar mantan PM Tun Dr Mahathir kata' Umno kini sudah tahap busuknya hingga ke usus. Frasa ini semacam menyokong kalimat 'Shit' oleh SN Prof Emeritus Dr Shanon Ahmad dulu.
Para pemimpin UBN sengaja mahu memperbodohkan rakyat dan bagi mereka rakyat perlu sentiasa bodoh agar senang menjadi makanan mereka. Si bodoh menjadi makan si cerdik. Tetapi bolehkah masing-masing kekal lama dengan sikap masing-masing.
Benarlah kata orang: Dapatlah dibodohkan orang ramai pada satu masa, tetapi tidaklah dapat dibodohkan mereka pada semua masa.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda