Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung dakwaan penyelewengan wang beratus-ratus bilion sewaktu pemerintahan zaman masing-masing. Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu sangat perlu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Hj Mahfuz Omar mencadangkan demikian selepas diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun.Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun. (baca selanjutnya....)

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Kenyataan Mahathir itu menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain. (baca di sini...)
MahathirMinister.jpg

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda