Selain dari keruntuhan akhlak yang kian bertambah dengan bertambahnya usia kemerdekaan Malaysia, tahun 2009M adalah Tahun Runtuh Sedunia. Tahun lalu 2008M kerajaan Umno-BN rabak teruk akibat bala buatan tangan para pemimpin mereka. PRU12 dianggap tsunami politik di bumi negara kita. Ekoran kejadian itu banyak pemimpin yang BN bangga-banggakan telah tumbang. Beberapa kerajaan negeri BN di semenanjung seperti termaklum telah ikut runtuh.
Hujung tahun 2008, berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Ulu Kelang, Selangor yang telah mengorbankan 4 nyawa di samping mencederakan banyak diri dan harta mewah. Ekonomi negara dan dunia masih belum bengah dari merudumnya. Kadar indeks jenayah sahaja yang semakin meningkat. Masya Allah.
Peralihan kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada DS Mohd Najib Tun Razak telah meruntuhkan kedudukan DS (kini Tun) Abdullah bin Ahmad Badawi dan kroninya yang berdaulat selama hampir 6 tahun di Putra Jaya. Kerajaan Pakatan Rakyat yang bermenteri-besarkan DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin dari PAS telah runtuh akibat kong-kalikong Putra Jaya-YB2 Umno Perak-Istana. Kenaikan MB Datuk Zambry Abd Kadir telah juga meruntuhkan ' petak dam ' demokrasi di negara kita.
Beberapa Pilihanraya Kecil yang berlangsung telah meruntuhkan imej kuasa Barisan Nasional terutama yang paling baru PRK N12 Penanti, Umno-BN tidak masuk gelanggang terus kerana takut 'malu kalah besar'; lebih baik tanggung malu dengan menjadi 'pondan'.
Bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14 Petaling Jaya juga ranap runtuh pada khamis 28 Mei 2009M minggu lepas. Petaka itu mengorbankan 7 nyawa, dan sudah tentu nahas bangunan runtuh ini memberi kesan negatif terhadap sosio-ekonomi negara. Sudah tentu juga ada sesuatu yang tidak kena dengan ciri-ciri pembinaannya hingga boleh dimusykilkan.
Semalam 2 Jun 2009 petaka runtuh berlaku pula kepada Stadium Bolasepak Gong Badak yang dibina dengan kos hampir RM300juta. Stadium yang berkapasiti 50,000 penonton itu merudum 50 peratus jam 7.30 pagi. Hujan tidak reibut pun tidak, keruntuhan itu akan ' menyelak kain ' membuka tembelang / karenah latar terbinanya stadium cantik yang berusia setahun jagung itu. Kita tunggu kaji selidik pihak tertentu mencari punca petaka tersebut. Harap-harap tiada apa-apa bias yang boleh menyelamatkan kucing-kucing kurap yang makan sampah!
Jalan-jalan raya dan lebuh-lebuh raya yang menjalari utara-selatan tanah air juga tidak selamat dari runtuhan. Ada-ada sahaja berita kemalangan akibat runtuhan yang berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan dan siapa mahu bertanggungjawab dengan kemalangan semacam bersiri itu??? Mari kita nyanyikan lirik lagu ini........
itu tanda-tanda malaysia (BN) sedang menuju kemusnahan. SELAMATKAN MALSYSIA