Hari ini saya menerima e-mail dari seorang sahabat yang mencatatkan:

salam. apa pandangan/ulasan ustaz dengan artikel yang disertakan bersama-sama ini. Tkasih.
Pada bahagian bawah artikel itu tercatat nama penulisnya dan e-mail beliau.

Saya pula mencatat begini kepada sahabat saya yang memohon pandangan. Saya sengaja boltkan tulisan asal sdr. penulis artikel itu. Jawaban saya adalah yang bertulisan italik. Terpanggil juga saya untuk menjawab dengan cara mudah argumen-argumen penulis Khaidir Ahmad TV3 itu. Harap ante boleh beritahu kepada ana reaksi ante nanti setelah membaca komen ana itu. Maaf.

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?

SAYA terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini.

Isu kerajaan perpaduann (UG) mulanya adalah lontaran idea TGHj Hadi, Presiden Pas. Ia bukan satu pembentukan, maknanya lontaran awal Hj Hadi yang berhasrat UG yang sama dengan Kerajaan Indonesia, Britain, Thailand, India,Israel dll. Kerana BN menolak kerajaan Islam. Harus diingat, Kerajaan Islam ialah kerajaan yang pemimpinnya semua beragama Islam dan menjalankan hukum-hukum Islam. Penyatuan umat Islam hanya melalui cara Islam. Mengapa hanya menyebut Melayu? Pas for all. Ada beza kan? bolehkan Umno berpadu dengan Pas sedangkan Umno lebih memusuhi Pas @ jemaah (party) Islam itu sejak dulu hingga hari ini. Para pemimpin Umno ketara sejak dulu hingga PM Najib. Pas menolak karenah fasik, maksiat dan tindakan melampau BN-Umno. tetapi Umno /parti 'Melayu' itu tidak mahu berubah. Kalau UG ini adakah komponen BN lain boleh menerima Pas dan prinsip-prinsipnya.

Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanah air tercinta ini.

Melayu berpecah atau Umno yang berpecah? Sejarah tidak mampu menipu! Ego pemimpin Umno jelas sebelum tsunami PRU12. Pasca-PRU12 Mahathir dan ramai pengikutnya keluar Umno dengan mengatakan Umno tenat. PakLah tidak kebah-kebah dari sakitnya hinggalah peralihan kuasa dan PAU (pemilihan agung Umno) mutakhir; Umno masih meroyan hingga kini. Kata mereka Pas tidak kuat, PR pemusnah harapan rakyat. 5 negeri yang memilih PR rakyatnya dungu dan tertipu. Inilah sifat Umno-BN tidak mahu menerima hakikat, rakyat hilang keyakinan kepada mereka. Mereka masih memperbodoh rakyat. Kemenangan parti PR adalah di negeri rakyat cerdik, baik Melayu atau non. Lagi pun sejak dulu-dulu orang-orang yang diakui lebih cerdik adalah orang bandar dan pinggir bandar. Mereka sudah lama menolak BN. Kebejatan Umno-BN, dengsn fe'el kroninya, rasuahnya, ISAnya, berebut kekayaannya, sebar fitnahnya, salahguna kuasanya, tidak amanahnya dan lain-lain telah diketahui rakyat. Itu belum lagi isu-isu fasik, kufur dan munafiq peribadi atau sosok pemimpin Umni. Hatta kes ajaran sesat Ayah Pin, Rasul Melayu, Ahmadiyah Qadiani di Kg Nakhoda KL dan sebagainya tidak terkendali... kabarnya ada orang-orang tertentu parti kebangsaan itu di belakangnya. Mahathir kembali? Sebabnya Najib boleh dicaturkannya... Kenapa dengan Khairy dan kenapa pula dengan Mukhriz berakhirkah...bersatukah sesama Umno? Retorik... kuman seberang laut, gajah depan mata...... Umno cintakan tanah air? cintakan bangsa dan bahasa? PPSMI ditentang rakyat, profesor dan pemuka-pemuka bahasa; kisahnya sudah dilenyapkan isu UG disamping memerangkap Pas berdepan dengan iklim bergolak di Manek Urai nanti.

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.

Siapa kata titik persamaan keduanya jelas?. Jangan jadi juling. Sudah 50 tahun Umno, parti berusia warga emas itu menerima bukan Islam asal Melayu dan kaum bumi. Umno bukan menyembah Allah yang memerintah kepada tauhid, iman dan amal soleh/baik dan benteraskan kemunkaran. Betulkah Umno menggalakkan rakyat solat kepada Allah dengan penyatuan satu kiblat; ramai Melayu/Islam yang murtad adakah usaha selamatkannya oleh Umno? Betulkah Umno menurut ajaran kitab al-Quran 'yangg dipegang'? Apa maksud pegang? 114 surah /30 juzu' /6666 ayat tidakkah banyak perintah yang kerajaan BN-Umno (pemimpin dan penyokong2nya) ketepikan? Tidakkah kerajaan UBN banyak langgari larangan Allah dalam laksanakan kuasa dan pentadbrannya...Bagaimana dengan tahap jenayah, maksiat, kemunkaran, hedonisme dan kefasikan yang berleluasa...serba dosa besar yang tidak dibantahlah yang menjadi punca itu semua. Berpenghulukan Rasulullah s.a.w (pembawa risalah Allah) bukan sekedar macam menghormati penghulu JKK atau ketua kampung. Dua hadis: 'aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak mulia' ....'sesiapa melihat kemunkaran maka hendaklah cegahi dengan tangan @ kuasa, jika tidak mampu gunalah lisan/tegur/larang, jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati. tentang juga. tapi itu selemah2 iman! ...... maknanya banyak para pemimpin dan penyokong UBN lemah iman... macam mana nak diikut?

Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.

Penulis artikel ini faham tak makna ideologi dan makna politk?... Melayu-Umno dan Melayu Pas itu adalah rupa bangsa. Satu Parti Kebangsaan Melayu Bersatu; satu lagi Parti Islam SeMalaysia. Hakikatnya, bilakah Umno benar perjuangankan Islam? Sejarah tidak mampu berdusta. Katanya penubuhan Pas kerana TG Hj Ahmad Fuad tidak setuju dengan sekularnya Umno yang amat ke-British-an. Sejarah benar menyatakan Umno selamanya hingga kini menentang dan ditentang Tok-tok Guru, ulama, para ustaz dan intelektual Melayu, kecuali yang mahu jaga periuk nasi dan kedudukan...spesis begini ada di mana jua serata dunia dan setiap zaman sejak zaman jahiliyah!

Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.

Kenapa di Kelantan sejak 1990 kemari hampir 20 tahun...arak, judi dan hiburan melampau dapat dicegah? jawabnya: sebab parti/jemaah Islam dapat menguasai politik. Hanya orang bahlol saja yang mahu menafikan peranan politik menurut kehendak dan cara Islam itu amat perlu. Jadi sayangilah Islam lebih dari segala-galanya walaupun berpecah-belah sebangsa sepertimana Nabi s.a.w dengan bangsa Arabnya, malah dengan keluarga sendiri...Abu Lahab adalah bapa saudara...Abu Sofian dan ramai lagi anak beranak Baginda. Tidak ada hukum Islam menyatakan wajib menyokong parti Pas?....jangan sempitkan akal. terdapat acapkali Allah dan Rasul-Nya menyuruh kita berada di dalam jemaah/ party (bah Inggerisnya)/kumpulan Islam...namun adakah ayat al-Quran dan hadis Nabi yang suruh sokong parti kebangsaan, parti yang mengamalkan banyak kebejatan dari segi agama, aqidah, syariat/hukum-hakam, dan akhlaknya?

Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas?

Yang ketaranya penulis artikel ini adalah jahil maklumat, ekstrim dengan kenyataan jahil para pemimpin Umno yang muflis idea dan tertutup hati. Kami dan pimpinan sama ada Almarhum Ustaz Fadhil Noor atau TGHj Hadi, TGNik Aziz dan penyokong-penyokong kalangan Profesor-pensyarah Universiti serta orang biasa; tidak pernah pun beranggapan seperti enam baris dalam perenggan di atas. Tolong nyatakan bukti dan kalau boleh aturkan satu kertaskerja minta Majlis Fatwa Kebangsaan fatwakan 'kenyataan sesat' seperti di atas. Tuduhan melulu itu sangat dangkal tetapi menjadi modal pemimpin Umno yang ketandusan idea untuk memikat pengundi2 luar bandar dan rakyat yang kurang cerdik seperti penulis artikel ni.

Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). Janganlah kamu gelap mata pada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.

Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segalanya yang kamu lakukan."

Betul benarkah seseorang itu sentiasa Islam dengan mengerjakan Rukun Islam? Bagaimana dengan Rukun Iman? Orang2 munafiq di zaman Rasulullah s.a.w bersolat, berpuasa dan berhaji melebihi solat, puasa dan haji orang-orang Umno yang ramai. Tetapi kenapa mereka munafik? Imannya terhadap Allah, terhadap Nabi, terhadap al-Quran, terhadap hari akhirat dan qadha dan qadar? .... baguslah.. kaji selidiklah lagi tafsiran ulama mu'tabar pada ayat-ayat al-Quran nescaya anda akan temui nanti ayat-ayat yang akan menyentakkan akal dan perasaan orang-orang Umno sejak dari surah al-Fatihah, surah-surah lazim dan surah al-Baqarah lagi...dipersilakan fahami betul-betul, tetapi jangan bias.

Ayat di atas juga menyarankan umat Islam tidak boleh terburu-buru berprasangka buruk. Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.

Bukankah Umno-Perikatan-BN telah berusia 50 tahun lebih? Pas juga tidak jauh usianya dgn Umno. Mereka saling tahu latar belakang sejarah dan sosok kepimpinan masing-masing. Siapa yang lebih berprasangka buruk selama ini tanpa memeriksa kebenaran gesaan Allah dlm al-Quraan dan gesaan Nabi s.a.w pada hadis baginda? Tentang Kerajaan Perpaduan @ UG itu yang menjadi gegernya ialah kerana Umno dan media-medianya mahu ambil peluang konon menjadi bola tanggung untuknya memenangi game dengan memecahbelahkan ahli-ahli Pas, memerangkap pengundi-pengundi di daerah bergolak Manek Urai. Pernahkah Umno mahu melayan perbincangan, debat, muzakarah, muqabalah dan apa saja dengan Pas? alih-alih lontaran idea TGHj Hadi ketika PM Tun Abdullah diseret semula sambil melaga-lagakan TGNA, Us Nasharudin, TGHH, Ulama-Profesional, 'kononnya' kumpulan Edrogan dan macam-macam lagi tanpa menerima atau membaca maklumat yang sahih...lihat di sini... http://www.youtube.com/wacth?v=dJKJ0FR7fQQ&feture=related

Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Ya selaku umat islam tulin yang bertakwa/takutkan Allah amat pelu memahami malah mengamalkan tuntutan ukhwah mengikut lunas2 al-Quran dan hadis bukan mengkut nafsu mahukan kuasa, wang dan pengaruh. Umno semasa Perikatan telah dahulu mengenepikan Pas dan sekali lagi menyingkirkan Pas dalam tahuan 70an sambil tetap menyayangi bukan Islam MCA,MIC, Gerakan dan lain2 parti dari Sabah dan Serawak. Sejarah dan kenyataan, tidak mampu membohongi orang2 yang cerdik. Umno dan BNnya ketara pucat belum habis selepas PRU12, apatah lagi PRK2 yang berikutnya.

Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan:

"Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?"

Soalan terakhir penulis artikel itu serupalah soalan orang tua 50 tahun lebih yang sakit, yang kehilangan berani; punya kelemahan diri yang sukar dipulihkan akibat kedegilan /ego sendiri. Dia mahukan simpati yang amat sangat dengan membawa perbandingan, padahal dia sendiri masih berkelakuan lama, tak sedar diri malah membuang ubat-ubat yang diberi oleh perawat. Dirinya tidak mahu mendengar nasihat malah sentiasa berasa dia saja yang betul dan memaksa orang lain menerima cadangan muslihatnya. Tuan Guru Nik Abd Aziz pernah menyatakan bahawa Pas sanggup dibubarkan jika Umno sanggup menerima gagasan dan hukum Islam dalam semua amalan pemerintahannya!

Sdr., bagaimana kalau ada orang berpendapat begini: Krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka". Sekian. TPM.


artikel ditulis oleh: KHAIDIR AHMAD

khaidir@tv3.com.my



2 Responses so far.

  1. salam pak/ustaz..artikel jawapan diatas sgt menarik dan bernas..minta izin copy paste untuk sebaran..syukran..

  2. sdr pria. ahlan wasahlan. dipersilakan jika sesuai buat tatap lebih meluas. moga kita dirahmati dan gerakerja kita diredaiNya. wassalam.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda