Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillaahilhamd.
Saat mencatat tulisan ini, pemilihan pemimpin jemaah kita telah berakhir. Ucapan Dasar YB Tuan Guru Presiden meninggalkan kesan besar kepada minda kita untuk dicernakan menjadi bahan pengajaran dan teladan...insya Allah (di sini).
Orang yang terlantik di peringkat pusat dari atas ke bawah hingga ke peringkat negeri-negeri bagi Muktamar PAS ke 55 sudah kita maklum. Merekalah pemimpin pilihan kita hasil dari muktamar terbaru. Syukur Alhamdulillah. Bergerak sesuatu itu dengan izin Allah Taala. Dia yang menentukannya, memuliakan dan menghinakan. Insya Allah kita semua dimuliakan Allah melalui keikhlasan kita yang hanya Dia yang tahu itu. Yang hinanya adalah kumpulan dan sesiapa jua penentang Islam….di mana juga mereka berada.
Menerima amanah adalah menerima tanggungjawab. Sudah pasti akan disoal nanti tentang tanggungjawab itu. namun marilah sama-sama kita menerima keputusan muktamar dan doakan sokmo agar kerja-kerja kita diredhai Allah, diampuni dan dirahmati-Nya. Marilah kita terus bersatu bertaut untuk menyergah setiap kemelut yang sedang dihadapi umat di Malaysia.
Salam ta’zim buat semua semoga afiat dan sejahtera sokmo. Insya Allah.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda