Walaupun gagal dalam persaingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS semalam, Ahli Exco Negeri Kelantan merangkap Bekas Naib Presiden Pas, Dato' Husam Musa menegaskan beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama Pas. Keputusan perwakilan yang mengekalkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden Pas menjadikan Husam dan seorang lagi pencabar Mohammad Sabu tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi di peringkat pusat.

Namun begitu, bagi Dato' Husam untuk sekian kalinya tetap tegas menolak sebarang perundingan untuk bersama Umno sebaliknya akan memastikan PAS menggantikan parti tersebut. Beliau juga berpendapat tiga orang Naib Presiden Pas dan sebahagian besar AJK yang baru menang di dalam pemilihan juga sependapat dengan beliau.

"Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka (Umno)..... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno," tegas beliau.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda