Hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba ada benda meledak. Stadium Tengku Mizan Zainalabidin Gong Badak Kuala Terengganu berusia setahun ranap minggu lepas. Habuk debu dan puing-puing keruntuhan benda agam RM292juta itu sedang memugar urat saraf politik Kerajaan UMNO-Barisan Nasional Negeri Terengganu. Belanja besar membina stadium adalah merupakan 'Satu Lagi Projek Barisan Nasional ' yang selalu dibangga-banggakan oleh Kerajaan BN.
Baginda Sultan telah murka dan mahukan ada kajian segera. Bekas ahli exco zaman MB DS Idris Jusoh ,Datuk Rosol Wahid menafikan terbabit dalam pembinaan, mahu melepaskan diri. Berlakulah tuduh menuduh dan mencari siapa sewajibnya bertanggungjawab. Ada pihak yang membuat laporan polis dan meminta pihak polis bertindak segera melakukan siasatan bimbang adanya elemen rasuah dan penyelewengan dalam proses kelulusan pembinaan stadium tersebut.
Ada orang berpendapat, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said sentiasa kelihatan tersenyum dan suka sambil berkot kemas menyaksikan puing-puing keruntuhan stadium itu. Beliau tidak lagi berasa 'panas' walaupun berada di tengah panas tengahari. Kenapa ya?
Ada orang berpendapat, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said sentiasa kelihatan tersenyum dan suka sambil berkot kemas menyaksikan puing-puing keruntuhan stadium itu. Beliau tidak lagi berasa 'panas' walaupun berada di tengah panas tengahari. Kenapa ya?
:)
yang mahu lepas diri semua pelingkup jahanam!
sdr abdullahjones :) salam ingatan.
saya dah ke laman2 sdr. indah dan punya banyak hasil. teruskan, moga diredai-Nya.
bro pyan :0) mereka tu punya agenda songsang.
akal cari jalan penuhkan poket sendiri dan menyusah orang.dekat RM300j merudum, rakyat tetap miskin ....
projek komisyen mmg begitu pak....ngak percaya tanya sama itu wak parjo yang bikin stadium