|
" Fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam."

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Ta'zir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya. Menurutnya juga fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi. ( baca......)

Beberapa hari lalu heboh kisah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang akan beberapa tokoh agama di Malaysia, antaranya bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda UMNO yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.

TPM: Propaganda, provokasi, fitnah, melempar tuduhan. mengedar video dan mengheboh keaiban terhadap musuh politik selama ini menjadi amalan golongan parti pemerintah terhadap individu ulama dan dari PR. Habis-habisan. Sehingga ada kambing hitan dan biang gilanya. Namun rumusan dari MKN yang sebahagiannya individu-individu 'carma' telah melampias tuduhan kepada Dr Maza dan ulama muda UMNO sebagai Wahabisme dan terrorisme.

Yang menuduhnya pula dari kalangan ulama. Nampaknya laku dan menjadilah kerja iblis untuk memecahbelahkan umat. DS Hishamuddin wajar bertindak kerana pihak MKN telah menjatuhkan hukumannya. Isakan saja para ulama itu!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda