Enam orang anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan telah disambut meriah ala karnival oleh rakyat pelbagai kaum. Semua dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur dengan melaung "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali. (baca .... )

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota JK pusat PSM, Choo Chon Kai. "Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel). psm eo6 release pc 290711 jeyakumar

Dr D Jeyakumar menyifatkan selama ditahan, dia mendapat layanan yang baik, terutamanya daripada warden. "Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

TPM: MP Sungai Siput ( dulunya kawasan DS Sammy Velu jadi 'raja' puluhan tahun ) Dr D Jeyakumar berpuasa @ mogok lapar 'sebelum datang Ramadhan'. Puasanya puasa mengugut pihak keselamatan; mogok protes akan kesengetan struktur / tindakan kerajaan dan SPR yang tidak adil. 28 hari mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat. Setelah terantuk baru tengadah, bila terasa suntuk pihak kerajaan baru mahu kisah. Hasrat rakyat dipandang remeh, bila berada di atas jangan semua teguran rakyat hendak di'eleh'. Jangkamasa hingga PRU13 Kerajaan UBN akan lebih sakit jika suara dan hak rakyat sengaja dikepit.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda